29 December 2023

Buah-buahan, Makanan dan Akupoin untuk Percepat Proses Penyembuhan


Ketika usia sudah diambang senja, memang sudah menjadi satu kelaziman untuk proses penyembuhan menjadi lambat.

22 December 2023

#Soalan : Sejak kebelakangan ini, saya asyik kentut jer. Ada jin dalam badan saya?


Saya tak nafikan mungkin ada masalah kentut yang berkaitan dengan jin memandangkan ada penyakit yang disebabkan jin.

Tetapi saya cenderung untuk melihat sesuatu penyakit daripada perspektif sains daripada mistik - kecuali telah terbukti dengan jelas bahawa sains tidak mampu merawat.

Ketidakmampuan merawat bukan atas sebab ia satu penyakit yang baru tetapi atas sebab kehadiran 'variasi' yang sains tidak ada dalam ilmu pengetahuan sains.

08 December 2023

Asid Gastrik : Buah-buahan yang sesuai dan tidak sesuai

Pesakit dengan penyakit refluks asid gastrik, atau GERD, perlu berhati-hati apabila makan buah.

Kerana terdapat sebilangan buah-buahan yang tinggi kandungan asid dan berpotensi membuat masalah asid perut berlebihan berulang.

Jadi, apakah buah-buahan untuk asid perut yang selamat untuk dimakan?

01 December 2023

Tip akupoin untuk panaskan kaki / tangan / badan

 
Adalah normal untuk menjadi lebih sensitif terhadap suhu sejuk. 

Anda mungkin mempunyai kecenderungan semula jadi untuk menjadi lebih sejuk daripada yang lain. 

Bagaimanapun, jika anda berasa lebih sejuk daripada biasa untuk masa yang lama atau anda sejuk walaupun dalam persekitaran panas, ia mungkin disebabkan oleh masalah kesihatan yang memerlukan perhatian.

24 November 2023

Perut yang besar pada umur 40 -an dan 50 -an dikaitkan dengan tanda -tanda awal penyakit Alzheimer


Keradangan dari lemak perut mungkin dikaitkan dengan peringkat awal penyakit Alzheimer beberapa dekad sebelum gejala bermula, penyelidikan baru telah menemui.

"Kami telah lama mengetahui bahawa apabila saiz perut semakin besar, pusat ingatan di otak semakin kecil," kata penyelidik penyakit Alzheimer Dr Richard Isaacson, pakar neurologi pencegahan di Institut Penyakit Neurodegeneratif Florida.

Kajian terbaru mendapati individu berusia 40-an dan 50-an dengan jumlah lemak perut tersembunyi yang lebih banyak "mempunyai jumlah protein abnormal yang lebih tinggi dipanggil amiloid di bahagian otak yang kita tahu adalah salah satu tempat terawal di mana Alzheimer berlaku," kata. pengarang kanan Dr. Cyrus Raji, profesor bersekutu radiologi di Washington University School of Medicine di St. Louis.

17 November 2023

#Soalan : Bagaimana membuat air rukyah?


Anda boleh membuat carian di internet tentang cara membuat air rukyah.

Yang mana satu pilihan anda, tepuk dada, tanya selera.

Cara yang saya sering sarankan untuk membuat air rukyah, seperti berikut :

10 November 2023

Faedah berjalan ke belakang atau 'retro-walking'


Berjalan ke belakang, juga dikenali sebagai retro-walking, menawarkan beberapa kelebihan untuk kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan. 

Diantara kelebihannya ialah mengembalikan memori jangka pendek, menurut Harvard Medical School.

Selain itu, beberapa faedah yang boleh diperolehi dengan aktiviti atau latihan berjalan terbalik ialah :

03 November 2023

Panduan Untuk Pulangkan Sihir


Anda boleh amalkan tip ini bagi tujuan untuk memberi kesedaran dan pengajaran agar penyihir atau individu yang mengupah insaf dan tidak lagi mengganggu ketenteraman kehidupan anda sekeluarga.

Mudahan mereka akan berhenti dari melakukan kerja-kerja terkutuk itu.

Semoga ALLAH swt memberi kesembuhan kepada anda. Aameen.

27 October 2023

Tinnitus: Rahsia Bunyi Desingan Telinga & Tip Akupoin


Tinnitus adalah satu keadaan di mana seseorang itu merasai telinga mereka berdesing. 

Jenis bunyi desingan berbeza bagi setiap individu. 

Biasanya desingan  tersebut bagaikan bunyi loceng atau lebah yang sedang terbang. 

20 October 2023

#Soalan : Saya perlu menurunkan bacaan tekanan darah sesegera yang mungkin. Apa yang saya perlu lakukan?


Tekanan darah yang sangat tinggi boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius.

Bahkan ia boleh mengakibatkan kematian!!!

Atas sebab itu, jangan memandang remeh ancaman tekanan darah tinggi!!!

13 October 2023

Hasil kajian terbaru dari Belanda mengesahkan : Berlari berfungsi 'lebih baik' daripada ubat untuk kemurungan


Senaman telah digelar "antidepresan alam semula jadi" oleh doktor selama bertahun-tahun, dan kini satu kajian baru mengesahkan tanggapan itu.

Penemuan itu mengikuti tinjauan selama empat bulan pada impak berlari terhadap kebimbangan dan kemurungan jika dibandingkan dengan antidepresan biasa.

SSRI (selektif serotonin reuptake inhibitors) berfungsi dengan meningkatkan tahap serotonin, neurotransmitter yang memainkan peranan penting dalam mengawal perasaan, kemurungan dan kebimbangan.

06 October 2023

Kisah Pelek Berkaitan Kematian 4


Saya sedang tidur apabila terbangun kerana seolah-olah dikejutkan dengan kasar.

Saya dapat melihat persekitaran saya bergerak seolah-olah saya berada diatas katil yang ditolak dan tarik dengan kasar berkali-kali.

Ketika ini berlaku, saya beranggapan saya sedang diserang secara mistik.

29 September 2023

Minuman ringan boleh merapuhkan tulang


Kajian selama 7 tahun (2004-2011) di China merumuskan bahawa minuman ringan (berkarbonat dan tidak berkarbonat) boleh menjejaskan tulang.

25 September 2023

Kelebihan Surah al-Mulk



The Virtues of Surat Al-Mulk

Imam Ahmad recorded from Abu Hurayrah that Allah's Messenger ﷺ said,


«إِنَّ سُورَةً فِي الْقُرْآنِ ثَلَاثِينَ آيَةً شَفَعَتْ لِصَاحِبِهَا حَتْى غُفِرَ لَهُ:

تَبَارَكَ الَّذِى بِيَدِهِ الْمُلْكُ»


22 September 2023

#Soalan : Apa yang patut saya buat jika ahli keluarga saya terkena penyakit strok?

  
Yang pertama sekali - ikut kata doktor.

Elemen sains perlu ditangani oleh doktor untuk menstabilkan keadaan pesakit.

Selepas keadaan sudah stabil, dan memasuki fasa penyembuhan, boleh melakukan ⬇️ :


15 September 2023

Minyak Kelapa dan Demensia – Penawar atau Mitos


Dalam usaha untuk mendedahkan pilihan untuk mengubati dan mencegah demensia, banyak kenyataan muncul salah satunya mengenai minyak kelapa dan demensia .

Beberapa kajian mencadangkan bahawa penghidap demensia boleh menggunakan minyak kelapa untuk merawat penyakit tersebut.

Pihak-pihak yang mengemukakan perkara ini berdasarkan teori bahawa sel-sel otak penghidap demensia tidak boleh menggunakan glukosa untuk menghasilkan tenaga yang mengakibatkan kebuluran sel-sel saraf dengan berkesan.

08 September 2023

Jika makanan sedap giler ...


... baca ayat Kursi sebelum makan semula.

Masih sedap tak?

Kalau ya, ALHAMDULILLAH.

01 September 2023

10 Makanan Sihat untuk Jantung



Bagi penghidap penyakit jantung, atau mereka yang ingin mencegahnya, memperbaiki gaya hidup memerlukan perhatian.

Salah satunya ialah makan makanan yang sihat untuk jantung.

Bercakap tentang makanan sihat untuk penghidap jantung, anda boleh memilih makanan yang mengandungi fitonutrien dalam buah-buahan dan tumbuhan.

25 August 2023

16 manfaat limau kasturi



Nama saintifik bagi limau kasturi adalah Citrus microcarpa.

Dalam bahasa Inggeris pula, limau kasturi dikenali sebagai Calamansi, Calamondin atau Philippine lime.

Limau kasturi juga adalah daripada keluarga buah-buahan sitrus seperti buah limau nipis.

18 August 2023

#Soalan : Boleh tak seorang yang sakit mental akibat gangguan mistik dirawat tanpa perlu kehadirannya?


Ada pelbagai kaedah untuk merawat pesakit mental akibat gangguan mistik tanpa perlu pesakit tersebut hadir secara fizikal untuk dirawat.

Diantara kaedah rawatan yang boleh dilakukan ialah dengan merukyah air minum atau air mandi.

Selain itu, rumah yang didiami pesakit boleh juga dirukyah.

11 August 2023

Perut buncit disebabkan stres?


Agak mengejutkan apabila ada dakwaan bahawa perut buncit disebabkan stres kerana rata-rata orang lelaki percaya ia disebabkan malas untuk bersenam.

Bahkan 'petua' untuk menguruskan perut ialah bersenam - ini yang dipercayai oleh orang lelaki.

Dari satu sudut, 'petua' ini ada benarnya kerana perut akan mengempis dengan bersenam.

04 August 2023

Tip akupoin untuk kurangkan panas badan


Di tahun mutakhir ini, cuaca dunia semakin panas.

Ada yang meninggal dunia atas sebab tidak tahan dengan cuaca panas.

Ada banyak tip di internet untuk menangani ancaman bahaya cuaca panas.

28 July 2023

Warna Kehidupan : Usah bersedih. Kesihatanmu lebih berharga daripada kesenangan


Saya mengomel dihadapan seorang rakan tentang kesukaran untuk berjumpanya.

Saya berkata saya sering menjenguk dirumahnya tetapi rumahnya kosong.

Bila dia bertanya mengapa saya tidak telefon dulu sebelum datang kerumahnya, saya menjawab saya tidak mahu dia memberi sebarang alasan untuk tidak berjumpa.

21 July 2023

#Soalan : Boleh dikatakan hampir setiap pagi, ketika bangun tidur mood saya tak elok. Asyik marah jer. Apa yang saya perlu buat untuk hadapi masalah ini?

 
Secara amnya, masalah ini berpunca daripada sains atau/dan mistik.

Jika punca disebabkan sains, masalah asyik marah-marah selepas bangun tidur dipagi hari, mungkin ia disebabkan stress atau masalah kesihatan yang mengganggu sistem badan yang akhirnya memberi impek negatif keatas minda.

Anda boleh buat carian di internet untuk mendapatkan nasihat atau petua untuk menangani masalah ini.

16 July 2023

Asma’ul Husna – Ar-Rahman


KALIMAH ar-Rahman sering kali meniti pada bibir kita hampir setiap waktu. Masakan tidak, boleh dikatakan dalam setiap inci kehidupan kita, ungkapan mulia yang juga merupakan antara nama-nama ALLAH itu akan disebut menerusi lafaz bismillah dan Surah al-Fatihah.

Ar-Rahman bermaksud yang MAHA PEMURAH. Ia merupakan antara sifat-sifat ALLAH SWT yang wajar kita ikuti.

Dalam kitab suci al-Quran, terkandung Surah ar-Rahman. Malah, ia sering kali menjadi bacaan pilihan oleh kebanyakan masyarakat kita kerana bait-bait terjemahannya banyak memerihalkan sifat ALLAH yang MAHA PEMURAH dan tidak boleh ditandingi sesiapa pun.

14 July 2023

Akupoin Taichong dan HeGu untuk Dementia

Kesimpulannya, ... akupunktur di Taichong dan HeGu boleh meningkatkan sambungan hippocampal dalam pesakit AD.

Hippocampus adalah kawasan otak yang memainkan peranan penting dalam penyatuan maklumat daripada ingatan jangka pendek kepada ingatan jangka panjang. 

Ia berbentuk seperti kuda laut, maka namanya - 'hippocampus' berasal daripada perkataan Greek 'hippos' (kuda) dan 'kampos' (raksasa laut). 

Ia juga penting untuk navigasi ruang (spatial navigation atau navigasi ruang ialah keupayaan untuk meneroka, belajar, dan mengingati persekitaran seseorang, adalah kemahiran yang asas kepada matlamat harian).

07 July 2023

Kisah Pelek Berkaitan Kematian 3


"Nya (dia) dah ninggal."

Kata-kata ini yang terngiang ditelinga saya ketika saya terbangun dinihari hari.

Entah mengapa, sebaik sahaja mendengar kata-kata tersebut, saya terus teringat seorang warga emas yang terlantar diatas katil.

30 June 2023

Terlalu kerap duduk boleh mengakibatkan kerosakan otak dan jantung


Apa yang awak buat sekarang? 

Anda sedang membaca artikel ini, tetapi apakah postur badan anda? 

Adakah anda berada di meja anda? 

23 June 2023

Terlalu banyak makan garam, awas 6 penyakit ini


Garam digunakan sebagai penyedap makanan namun awas jika mengambilnya secara berlebihan.

Garam biasanya sudah menjadi sesuatu yang sukar untuk dipisahkan daripada hidup kita.

Bagaimanapun, perlu diingat pengambilannya pada kadar berlebihan boleh mengakibatkan tubuh tidak dapat menerimanya.

16 June 2023

#Soalan : Dementia dapat dirawat secara rukyah?

 

Insyallah, ya.

Pengrukyahan untuk merawat dementia boleh dilakukan kendiri atau orang lain. 

Tetapi seelok-eloknya dilakukan secara kendiri.

Secara amnya, tidak ada ayat alQuran khusus untuk merawat dementia.

09 June 2023

Cara Menjana Semula Rawan (Cartilage) Lutut Secara Semulajadi Tanpa Pembedahan



Salah satu perkara yang luar biasa tentang menjadi manusia ialah keupayaan kita untuk penyembuhan dan penghasilan tisu dan sel baru. 

Oleh itu, adalah wajar untuk tertanya-tanya sama ada rawan lutut kita mempunyai keupayaan yang sama untuk menjana semula diri. 

Penggunaan berlebihan atau kecederaan boleh menyebabkan rawan rosak, yang boleh menjejaskan kualiti hidup kita.

02 June 2023

Walau Apa Pun Terjadi, 'link' (hubungan) dengan ALLAH swt hendaklah sentiasa dijaga

"...janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa, sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." Surah al-Zumar : 53
Kisah yang membabitkan seorang ketua perompak yang begitu tekun mengejakan ibadah puasa walaupun bergelumang dengan dosa, amat menarik sekali.

Kesimpulan dari kisah ini ialah : Jangan putus asa daripada berusaha untuk mendapatkan hidayah / rahmat daripada ALLAH swt walaupun bergelumang dengan dosa.

26 May 2023

Pakar urut terkenal China kongsi 5 titik akupoin yang hebat untuk kesihatan umum

 
Pakar urut terkenal dalam perubatan tradisional Cina telah berkongsi 5 titik akupunktur badan anda, yang boleh melambatkan penuaan dan meningkatkan kesihatan badan, menurut laporan baru-baru ini oleh Life Times China.

19 May 2023

#Soalan : Apa itu Minyak Sakang Seribu?



Minyak sakang seribu amat hebat kerana ia mampu untuk merawat banyak penyakit dengan hanya melumurkan minyak ditempat yang sakit.

Bahkan minyak ini dikatakan mampu untuk memulihkan pesakit strok yang hanya baring dikatil dalam tempoh yang amat singkat!

Malangnya, agak sukar untuk menyimpan minyak ini kerana ia perlu diberi 'habuan' ataupun 'makanan'.

12 May 2023

Kajian 30 tahun menunjukkan senaman mampu membantu menjauhi dementia


Senaman yang kerap meningkatkan daya ingatan pada usia tua walaupun diambil pada usia 50-an dan 60-an, kajian menunjukkan - sebagai ujian sama ada mengekalkan kecergasan boleh melambatkan demensia
  • Kajian UCL mendapati bersenam sebulan sekali boleh melindungi ingatan dalam kajian 30 tahun

Berjoging hanya sekali sebulan sudah cukup untuk melindungi ingatan anda di kemudian hari, kajian menunjukkan - walaupun hanya bermula di usia 50-an dan 60-an.

Para saintis dari University College London (UCL) menjejaki tabiat senaman 1,400 peserta selama 30 tahun.

Apabila setiap orang berumur 69 tahun, para sukarelawan mengambil ujian untuk menilai ingatan, perhatian, bahasa dan kefasihan lisan mereka.

05 May 2023

"Your Thoughts Are Not Your Own!"

Kebelakangan ini saya banyak menangani masalah berkaitan dengan emosi - marah & sayang (cinta) - yang membabitkan orang dewasa (yang sudah berkahwin) dan remaja.

Sambil memberi rawatan untuk mengeluarkan jin dalam badan, saya memberi kaunseling kepada mereka, terutamanya remaja.

Saya memberitahu anak-anak muda yang masih remaja, saya juga pernah berada dalam fasa 'memberontak' yang mereka sedang alami.

28 April 2023

10 Perkara Watikah Para Ulama

 
Maka dengan ini, berikut adalah Watikah Para Ulama dari Festival Sunnah 5.0 kepada sekalian ummat…

1. Hendaklah setiap diri, keluarga dan masyarakat diikat kecintaan mereka kepada Allah dan Baginda Rasulullah.

2. Hendaklah menghidupkan majlis mahabbah Rasul di seluruh peringkat masyarakat dalam kalangan lelaki dan wanita, samada secara kecil atau besar agar subur akhlak Muhammadiah yang penuh cinta dan kasih sayang dan berpaksikan Syariat serta bersulam adat dan Budaya Bangsa.

21 April 2023

#Soalan : Adakah benar air selusuh rukyah dapat memudahkan proses bersalin?



Benar.

Ini berdasarkan pengalaman anak perempuan saya ketika melahirkan anak pertamanya baru-baru ini.

Setelah menunggu berbulan-bulan, akhirnya kami sekeluarga menerima berita gembira - anak saya bakal melahirkan bayinya.

14 April 2023

TIP : Petua 'tambahan' untuk bantu mengandung



Dah cuba bermacam-macam petua tapi masih tak mengandung?

Mungkin anda perlu tambahkan lagi petua untuk menguatkan lagi peluang untuk mengandung. 😇

Petua-petua dibawah boleh pertimbangkan untuk diamalkan bersama dengan petua yang sedang anda amalkan.


07 April 2023

Kisah Pelek Berkaitan Kematian 2


Saya rimas dengan pertanyaan bekas senior sekolah saya (saya namakan dia Mr Y) : "Bila nak jenguk X? Dia asyik sebut nama kau!"

Setiap kali berjumpa, dia akan tanya soalan yang sama.

Kalau tak silap saya, hampir dua minggu, Mr Y memujuk saya untuk menjenguk Mr X yang merupakan bekas senior saya di sekolah asrama di Semenanjung.

31 March 2023

Ayat pertahanan dalaman daripada Nabi Muhammad saw


Mungkin ramai masih ingat pengakuan seorang ahli sihir wanita dari Rusia tentang kesukaran untuk mengsihir orang Islam.

Menurutnya, orang Islam seolah-olah ada 'entiti' ghaib yang melindungi mereka. <video>

ALLAHUAKBAR!!!

Mungkin ayat pertahanan dalaman yang dikongsikan disini akan mampu memperkuatkan lagi perlindungan. Wallahua'lam.

24 March 2023

Doa Menghilangkan Gemuruh

Sy : Tok da d baca selalu? https://t.me/KedakTok/80
P : Tok selalu mek baca
P : Time exam pun baca😹
P : Pakey ilang nervouse
Sy : الحمد لله
<Whatsapps 17February2023 @ 04:51PM-04:58PM>

 الحمد لله

Saya tidak menyangka sama sekali bahawa doa yang saya  sering ketengahkan sebagai berupaya untuk bantu tangani gangguan mistik dapat digunakan untuk menghilangkan gemuruh.

Satu lagi faedah mengamal doa ini.
 

17 March 2023

#Soalan : Jika anggota badan 'X' sentiasa sakit mistik, adakah bermaksud 'X' tiada sakit lain?


'Benar' / 'Betul' jika tempoh sakit mistik adalah pendek.

Bagaimanapun, sekiranya sakit mistik berpanjangan, lambat laun tempat yang ada sakit mistik akhirnya akan ada sakit lain.

Sebagai contoh - sakit menyucuk dilutut. 

10 March 2023

Tangisan wanita minta tolong dari kubur


Peringatan secara langsung daripada الله swt kepada semua kita tentang KebesaranNya dan KebenaranNya, (Pautan video 👇)

~ ~ ~ ~ ~ ~

Setiap yang bernyawa pasti merasai mati. Matinya manusia maka terputuslah hubungan antara jasad dan roh dan merupakan detik permulaan manusia menuju ke negeri akhirat yang merupakan garis permulaan bagi satu perjalanan yang sangat panjang.

Alam barzakh merupakan alam yang berbeza dengan kehidupan di alam dunia yang serba indah. Kematian dan masuknya manusia ke alam barzakh adalah ketentuan Allah SWT yang pasti akan terjadi.

24 February 2023

Lindungi isteri dan anak gadis anda dari ilmu sihir 'cinta'!


Semalam saya berkesempatan berbual dengan anak gadis rakan saya.

Perbualan itu mengingatkan saya tentang peristiwa yang menimpanya - gangguan mistik yang berupa 'igauan' keatas bekas teman lelakinya.

Dia mendakwa enam bulan pertama perkahwinannya, dia asyik 'melihat' wajah bekas teman lelakinya setiap kali dia menutup matanya ketika hendak tidur di malam hari.

10 February 2023

Mandi air wuduk efektif tangani penyakit ain?


Setakat ini, maklum balas dari individu-individu yang menerima saranan saya untuk mandi air wuduk bagi menangani masalah kehidupan yang mereka alami yang mungkin berpunca daripada penyakit ain, begitu positif.

Seorang daripada mereka mendakwa kini dia merasa hubungannya dengan sesama manusia lebih mudah dan mesra.

Pada masa yang sama, dakwa individu yang sama, dia merasa lebih tenang.

03 February 2023

Titik akupoin untuk melegakan sakit akibat pedih ulu hati


Pada malam Selasa lepas, saya mengalami sakit pedih ulu hati yang amat menyakitkan.

Saya berpeluh menahan sakit. 

Alhamdulillah.

27 January 2023

Tip : Teknik akupoin untuk masalah haid


Jika anda atau anak gadis anda mengalami masalah haid, seperti haid setiap 2 minggu, mungkin anda boleh cuba teknik akupoin. 

Akupoin SP6 dikatakan mampu 'membantu' usaha menangani masalah sistem peranakan.

Bahkan, jika anda melakukan carian di internet, anda akan menemui kajian-kajian keatas keberkesanan akupoin SP6 membantu wanita.

20 January 2023

#Soalan : Adakah normal untuk sering merasa sesuatu masuk dalam lubang telinga?


Sudah pasti jawapannya TIDAK NORMAL.

Tidak normal untuk sains dan juga mistik.

Dinasihatkan untuk berusaha mendapatkan kepastian sama ada serangga memasuki lubang telinga.

13 January 2023

Netizen dakwa sembuh penyakit kanser hati tahap 4 dengan pokok dukung anak

www.facebook.com

Pokok Dukung Anak merupakan herba tahunan yang kecil, boleh tumbuh sehingga 50-70 cm tinggi dan mudah dikenali daripada lenggainya yang kecil dan melanjut sepanjang sisi bawah daunnya. 

Ia adalah sejenis herba renek berbatang lembut. 

Batangnya berwarna hijau atau merah bergantung kepada spesies. 

06 January 2023

Kisah Pelek Berkaitan Kematian 1


Kisah ini terjadi kira-kira 30 tahun lampau.

Ketika itu saya di Sibu menghadiri temuduga Bank Pertanian.

Dimalam kedua di Sibu, saya terkejut dari tidur.