Showing posts with label Apa Kata Pesakit. Show all posts
Showing posts with label Apa Kata Pesakit. Show all posts

10 February 2023

Mandi air wuduk efektif tangani penyakit ain?


Setakat ini, maklum balas dari individu-individu yang menerima saranan saya untuk mandi air wuduk bagi menangani masalah kehidupan yang mereka alami yang mungkin berpunca daripada penyakit ain, begitu positif.

Seorang daripada mereka mendakwa kini dia merasa hubungannya dengan sesama manusia lebih mudah dan mesra.

Pada masa yang sama, dakwa individu yang sama, dia merasa lebih tenang.

13 January 2023

Netizen dakwa sembuh penyakit kanser hati tahap 4 dengan pokok dukung anak

www.facebook.com

Pokok Dukung Anak merupakan herba tahunan yang kecil, boleh tumbuh sehingga 50-70 cm tinggi dan mudah dikenali daripada lenggainya yang kecil dan melanjut sepanjang sisi bawah daunnya. 

Ia adalah sejenis herba renek berbatang lembut. 

Batangnya berwarna hijau atau merah bergantung kepada spesies.