01 May 2020

Teknik untuk leraikan 'ikatan (hubungan) mistik' dengan saka keturunan


Mungkin anda sering mendengar cerita tentang kesukaran untuk membuang saka keturunan.

Bahkan mungkin anda diantara kalangan individu yang mengalami hal ini.

Pendekatan yang saya hendak kongsikan disini mungkin berbeza dengan pendekatan yang sering diambil oleh ramai pengamal rawatan alternatif.

Rata-rata pengamal rawatan alternatif memberi tumpuan keatas saka keturunan - iaitu bagaimana untuk hapuskan saka, atau pujuk untuk tinggalkan individu yang terbabit.

Bagaimanapun pendekatan yang saya ketengahkan disini memberi tumpuan kepada 'ikatan mistik' saka keturunan.

Kita tak perlu bersusah payah untuk hapuskan saka ataupun memujuk saka.

Bahkan kita boleh abaikan saka keturunan sekiranya itu yang kita kehendaki dalam proses rawatan.

Objektif utama rawatan ialah untuk putuskan atau leraikan 'ikatan mistik' saka keturunan.

Kesan daripada rawatan ini ialah - dengan izin dan kehendak ALLAH swt - saka keturunan tidak lagi terikat dengan pesakit.

Bahkan jika ada keizinan dan kehendak ALLAH swt, 'ikatan mistik' yang mengikat anak-anak dan saka keturunan turut terlerai apabila si ayah ataupun si ibu dirawat menggunakan pendekatan ini.

Sekiranya rawatan ini berjaya, pesakit akan mengalami perasaan seperti telah dilepaskan daripada kongkongan - terasa bebas seolah-olah berupaya untuk melakukan apa sahaja tanpa kongkongan sesiapa.

Dan ada pula pesakit yang merasa aman - seolah-olah sesuatu yang tidak pernah atau sukar dikecapi selama ini.

Ini disebabkan apabila 'ikatan mistik' telah diputuskan atau dileraikan, saka keturunan tidak lagi berupaya untuk mempengaruhi minda pesakit seperti sebelum rawatan.

Ada pesakit yang alami perasaan ini (bebas dan/atau aman) sebaik sahaja rawatan berakhir.

Dan ada pula yang alami perasaan ini beberapa jam kemudian ataupun keesokan harinya.

Bila perasaan ini tiba, bergantung dengan individu.

Teknik untuk putuskan 'ikatan mistik' saka keturunan ialah seperti berikut:

1. Tiup tapak tangan dan baca Surah al-Fatihah, Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.
2. Usapkan dibahagian yang ditanda warna merah seperti dalam gambar dibawah.

Ulang (1) dan (2) sekurang-kurangnya sebanyak tiga kali.


Digalakkan untuk menyapu seluruh tubuh dari kepala sehingga hujung jari kaki.

Sebenarnya hanya poin-poin tertentu dibahagian yang berwarna merah sahaja yang perlu diusap atau urut.

Bagaimanapun, atas sebab untuk memudahkan penerangan, saya menyarankan agar seluruh kawasan berwarna merah mesti diusap selepas membaca Surah al-Fatihah, Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas. 😊😊😊

Berkenaan dengan surah atau ayat alQuran yang hendak dibaca, ia sebenarnya terserah kepada anda.

Bagaimanapun saya merasa selesa dengan Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas - tiga surah terakhir ayat Manzil.

Saya menambah Surah al-Fatihah kerana saya merasa selesa dengan surah yang paling agung ini.

Anda boleh menambah surah-surah atau ayat-ayat alQuran yang lain jika anda mahu - seperti ayat Manzil, ayat Kursi dan sebagainya.

Selepas selesai rawatan, saya sering menyarankan pesakit agar mengamalkan Surah at-Tahrim, ayat 8 kerana ayat ini berupaya untuk mencegah makhluk ghaib daripada menguasai / mempengaruhi minda.

Teknik ini juga boleh digunapakai untuk menangani masalah gangguan mistik disebabkan pendamping jin yang bukan dalam kategori saka keturunan.

Saya ingin maklumakan disini, apabila terlerainya 'ikatan mistik' dengan saka keturunan tidak bermaksud saka keturunan akan meninggalkan pesakit.

Besar kemungkinan ia akan terus berada disamping pesakit tersebut.

Bagaimanapun, kewujudannya tidak lagi memberi pengaruh yang besar seperti sebelum 'ikatan mistik' diputuskan atau dileraikan.

Atas sebab ini, pesakit digalakkan untuk mengamalkan ayat-ayat pendinding seperti Ayat Kursi; dan Surah at-Tahrim, ayat 8 bagi tujuan untuk mencegah saka keturunan daripada menguasai / mempengaruhi minda.

Sebaik-baiknya lakukan ini (teknik lerai 'ikatan mistik') dari semasa ke semasa.

Semoga memberi manfaat. آمین

اَللّٰهُ أَعْلَم
  

Maklumat Tambahan :

1/ Saranan agar Surah alFatihah dan 3 Qul dibaca sekali sahaja sebelum menyapu anggota kepala dan badan hanyalah garis panduan sahaja. Sekiranya anda mahu membaca 3 kali sebelum menyapu kepala dan badan, terpulang kepada anda. Jika anda mahu, anda juga boleh membaca 33 kali, atau lebih, sebelum menyapu kepala dan badan. Wallahua'lam.

2/ Saranan agar proses menyapu anggota kepala dan badan dilakukan sebanyak 3 kali hanya garis panduan sahaja. Sama ada anda hendak menyapu sekali sahaja atau 10 kali atau 100 kali, terpulang pada anda. Jika anda yakin dan percaya dengan sekali sahaja, maka lakukan proses menyapu sekali sahaja. Tetapi jika anda yakin dan percaya perlu dilakukan 10 kali, makan lakukan proses menyapu badan sebanyak 10 kali. Wallahua'lam.

3/ Berkenaan proses menyapu kepala dan badan, anda ada dua opsyen - 'sentuhan-kulit-ke-kulit' atau 'sentuhan-kulit-ke-kain'. Bermaksud - jika anda lebih selesa jika kawasan bertanda merah disentuh dengan kulit tanpa alas, anda boleh berbuat demikian. Dan jika anda lebih selesa jika bahagian bertanda merah dialas dengan kain (iaitu anda memakai baju atau/dan tudung) ketika disapu, anda juga boleh berbuat demikian. Terpulang kepada anda, pilihan yang mana satu yang sesuai untuk anda. Tetapi, secara am, opsyen kedua aalah pilihan terbaik.

Dikemaskini: 02hb September 2025

No comments:

Post a Comment