22 December 2023

#Soalan : Sejak kebelakangan ini, saya asyik kentut jer. Ada jin dalam badan saya?


Saya tak nafikan mungkin ada masalah kentut yang berkaitan dengan jin memandangkan ada penyakit yang disebabkan jin.

Tetapi saya cenderung untuk melihat sesuatu penyakit daripada perspektif sains daripada mistik - kecuali telah terbukti dengan jelas bahawa sains tidak mampu merawat.

Ketidakmampuan merawat bukan atas sebab ia satu penyakit yang baru tetapi atas sebab kehadiran 'variasi' yang sains tidak ada dalam ilmu pengetahuan sains.

Jika anda tidak termasuk dalam golongan yang ada masalah sistem pencernaan yang serius, maka dua saranan saya ialah elak minuman dan makanan yang menghasilkan gas; dan hancurkan atau lumatkan makanan sebelum menelan makanan tersebut.

Jika anda masih alami masalah kentut, disarankan anda berjumpa doktor.

Semoga memberi manfaat. Aameen.
   

No comments:

Post a Comment