Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2022

TIP : Merawat sengatan kala jengking

Kata 'Aisyah RA: لدغتِ النَّبيَّ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ عقربٌ وَهوَ في الصَّلاةِ فقالَ لعنَ اللَّهُ العقربَ ما تدعُ المصلِّيَ وغيرَ المصلِّي اقتلوها في الحلِّ والحرمِ Maksudnya: "Nabi SAW pernah disengat kala jengking ketika baginda menunaikan solat. Baginda bersabda: "Allah melaknat kala jengking, dia tidak pedulikan orang yang sedang solat dan selainnya. Bunuhlah ia sama ada di tanah halal atau tanah haram." (HR Ibn Majah)

Tafakur (meditasi) berupaya menambah jirim kelabu (gray matter) dalam otak

Virus Covid-19 berupaya untuk kecutkan otak dengan mengurangkan jirim kelabu (gray matter) sehingga menjejaskan daya ingatan. Bagaimanapun, takafur mampu menambah jirim kelabu (gray matter) dalam otak. Bukti kesan takafur keatas jirim kelabu mudah untuk diperolehi melalui carian internet.

Garam Dalam Paracetamol Meningkatkan Risiko Serangan Jantung, Strok Dan Kematian

Kajian terhadap 300,000 rakyat Britain mendapati garam ‘tersembunyi’ dalam paracetamol mampu meningkatkan risiko serangan jantung dan strok jika ia diambil dalam kuantiti berlebihan.

COVID-19 Boleh Kecutkan Otak, Kurangkan Ingatan

Menurut kajian Universiti Oxford, COVID-19 boleh menyebabkan otak mengecut, mengurangkan jirim kelabu (gray matter) di kawasan yang mengawal emosi dan ingatan serta menjejaskan bahagian yang mengawal deria bau. Para saintis mengatakan kesan tersebut turut berlaku pada pesakit COVID-19 yang tidak dimasukkan ke hospital dan kesannya pada jangka masa panjang masih dalam siasatan lanjut. Kajian ini dijalankan semasa varian COVID-19 Alpha dominan di Britain dan jika ada, mungkin dalam bilangan sedikit sahaja peserta yang dijangkiti varian Delta.

Bernafas Dengan Betul: Kurangkan Tekanan Semasa Usaha Fizikal

✨ Bernafas Dengan Betul: Kurangkan Tekanan Semasa Usaha Fizikal