17 March 2023

#Soalan : Jika anggota badan 'X' sentiasa sakit mistik, adakah bermaksud 'X' tiada sakit lain?


'Benar' / 'Betul' jika tempoh sakit mistik adalah pendek.

Bagaimanapun, sekiranya sakit mistik berpanjangan, lambat laun tempat yang ada sakit mistik akhirnya akan ada sakit lain.

Sebagai contoh - sakit menyucuk dilutut. 

Jika ia segera dirawat, dan sembuh, maka tidak perlu khuatir sama ada lutut rosak atau tidak.

Tetapi jika sakit berpanjangan, atas sebab, sakit tak sembuh-sembuh, atau enggan mendapatkan rawatan mistik (walaupun sudah jelas bahawa ia bukan sakit sains), lambat laun lutut akan ada masalah sains, iaitu lutut 'rosak'.

Sebab itulah ada kalanya pesakit mistik sakit sehingga tubuh kurus, dan sebagainya, disebabkan sakit mistik tak sembuh-sembuh.

Dan sudah tentu, badan yang kurus kering menunjukkan ada masalah kesihatan yang serius.

Atas sebab itu, jika sakit mistik, dapatkan rawatan dengan segera sebelum ia mendatangkan masalah kesihatan keatas badan.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment