17 November 2023

#Soalan : Bagaimana membuat air rukyah?


Anda boleh membuat carian di internet tentang cara membuat air rukyah.

Yang mana satu pilihan anda, tepuk dada, tanya selera.

Cara yang saya sering sarankan untuk membuat air rukyah, seperti berikut :


  • Dekatkan air (yang dalam cawan, gelas, baldi atau botol) ke mulut.
    • Jarak antara air yang tidak ditutup dan mulut disarankan dalam lingkungan 1 kaki atau 30cm. (Peringatan : Zaman Covid 19 😉) 
  • Niatkan dihati objektif / tujuan pembuatan air rukyah
  • Doa dihati agar ALLAH swt memberi keizinan untuk niat / hasrat ditunaikan
  • Baca ayat Quran (boleh pilih bacaan panjang atau pendek)
    •  bacaan 'Ideal' (Panjang) 
    • bacaan Ringkas (Pendek)
      • Surah alFatihah
      • (surah atau ayat alQuran pilihan; jika mahu)
      • 3 Qul (Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Nas)
  • Tiup kearah air yang dirukyah
  • diakhiri dengan kalimah لا حول ولا قوة إلا بالله (La Hawla wa la Quwwata Illa Billah)

Semoga memberi manfaat. Aameen.

Wallahua'lam.
   

No comments:

Post a Comment