17 February 2023

#Soalan : Adakah benar mimpi bersetubuh bermaksud ada sihir untuk pisahkan suami dan isteri?

YA dan TIDAK.

Ia bergantung ... 

Secara amnya, mimpi bersetubuh disebabkan jin gila seks.

Apa jua situasi yang mengakibatkan mimpi bersetubuh terjadi, hakikatnya ialah jin tersebut gila seks.

Kerana, mimpi bersetubuh juga terjadi pada orang bujang - bukan terhad kepada lelaki atau wanita yang sudah berkahwin.

Dan tidak semestinya bila suami atau isteri bermimpi bersetubuh bermaksud si suami atau si isteri kena sihir pemisah.

Ada suami atau isteri yang 'redha' ('seronok'?) dengan persetubuhan dalam mimpi, tetapi pada masa yang sama hubungan suami isteri tetap mesra.

Jika persetubuhan dengan jin akhirnya menyebabkan rumah tangga musnah, pada pandangan saya, ini disebabkan hubungan suami isteri memang sudah retak menanti belah.

Tetapi tidak dinafikan, ada suami atau isteri yang terpedaya dengan penangan seks jin gila seks yang menampakkan dirinya seperti individu yang disukai / dicintai oleh si suami atau si isteri.

Untuk ini berjaya dilakukan, langkah pertama, biasanya jin akan pengaruhi minda si suami atau si isteri terlebih dulu agar menyukai seseorang.

Langkah kedua ialah cuba pengaruhi minda melalui pertemuan dalam mimpi, dan akhirnya berlakunya persetubuhan dalam mimpi.

Kedua-dua ini akan berlaku berminggu-minggu atau berbulan-bulan atau bertahun-tahun, sehingga berlakunya perpisahan diantara si suami dan si isteri.


~ ~ ~
Artikel Berkaitan:


Wallahua'lam.


No comments:

Post a Comment