19 May 2023

#Soalan : Apa itu Minyak Sakang Seribu?



Minyak sakang seribu amat hebat kerana ia mampu untuk merawat banyak penyakit dengan hanya melumurkan minyak ditempat yang sakit.

Bahkan minyak ini dikatakan mampu untuk memulihkan pesakit strok yang hanya baring dikatil dalam tempoh yang amat singkat!

Malangnya, agak sukar untuk menyimpan minyak ini kerana ia perlu diberi 'habuan' ataupun 'makanan'.

Secara amnya, minyak sakang seribu ada dua jenis - jenis habuan darah dan habuan timah.

Setiap bulan, minyak ini mesti diberi 'habuan' / 'makanan' darah atau timah.

Darah yang dimasukkan dalam botol minyak sakang seribu akan 'hilang'.

Dan begitu juga timah - akan 'hilang'.

Kedua-dua minyak ini ada penunggu. 

Dan penunggu ini perlu diberi 'makanan' setiap bulan.

Kemungkinan besar penunggu akan mengamuk jika pemilik minyak sakang seribu gagal memberi 'makanan'.

Keizinan pemilik minyak sakang seribu juga mesti diperolehi sebelum menggunakan minyak ini.

Jika tiada keizinan, pengguna minyak ini akan sakit.

Wallahua'lam



1 comment:

  1. Betul. Kmk pernah buka minyak ya. Bukan kmk pun. Xlama lepas ya pala kmk sakit mcm org kena ramus.

    ReplyDelete