Langkau ke kandungan utama

Kisah Pelek Berkaitan Kematian 1


Kisah ini terjadi kira-kira 30 tahun lampau.

Ketika itu saya di Sibu menghadiri temuduga Bank Pertanian.

Dimalam kedua di Sibu, saya terkejut dari tidur.

Kebetulan posisi katil saya mengadap jendela terbuka luas.

Apabila saya membuka mata, saya melihat langit diluar jendela.

Tiba-tiba saya mendengar nama saya dipanggil dan tak semena-mena ada saya 'melihat' satu lembaga manusia.

Dan selepas itu lembaga manusia seperti bergerak dengan cepat menjauhi saya dan kemudian naik (terbang?) keatas dan hilang dari pandangan mata saya.

Suara yang memanggil nama saya sama seperti suara datuk saya.

Saya tidak merasa takut. Hanya merasa hairan.

Sayapun menyambung tidur saya.

Keesokkan hari, saya menaiki bot ke Kuching.

Apabila tiba di Kuching, saya mengguna teksi untuk balik rumah. Ketika itu, sudah gelap.

Mungkin sudah masuk waktu Isya' - saya tidak ingat. 

Ketika sampai diluar rumah ayah saya, saya merasa hairan melihat ramai orang seperti ada majlis.

Rupa-rupanya, datuk saya, bapa kepada mak saya, meninggal dunia semalam.

Sehingga kini saya sering tertanya-tanya, apa sebenarnya yang saya alami di malam hari di Sibu, di hari datuk saya meninggal dunia.

Datuk saya meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak.
   
Semoga ALLAH swt ampuni dosa-dosanya dan masukkannya kedalam Syurga Firdaus. Semoga ALLAH swt kumpulkannya bersama ahli keluarganya di Syurga Firdaus. Aameen.

Artikel Berkaitan :

Ulasan

Artikel Popular Minggu Ini

Masalah Huyung-Hayang: Perspektif Sains

Masalah huyung-hayang atau rasa pening yang menyebabkan seseorang berasa tidak stabil merupakan gejala yang kerap berlaku dalam kalangan pesakit. 

Penyakit Buah Pinggang : Amalan dan Larangan bagi Pesakit yang Menghidap Diabetes & Masalah Kolesterol

Infografik © Kedak Tok BlogSpot.com – Lindungi Buah Pinggang, Jantung & Kesihatan Anda 🩺 Penyakit Buah Pinggang: Amalan dan Larangan bagi Pesakit yang Menghidap Diabetes & Masalah Kolesterol Gambaran Umum: Buah pinggang berfungsi menapis sisa dan lebihan cecair daripada darah. Apabila rosak, toksin akan terkumpul dan menyebabkan penyakit buah pinggang kronik (CKD), kecederaan buah pinggang akut (AKI) atau keadaan genetik seperti penyakit polikistik buah pinggang (PKD). Pesakit CKD lazimnya turut menghadapi diabetes dan kolesterol tinggi, yang meningkatkan risiko penyakit jantung serta mempercepatkan kerosakan buah pinggang. Realiti di Malaysia: Skala masalah ini amat membimbangkan. Lebih daripada 5 juta rakyat Malaysia hidup dengan CKD, namun hanya 5% yang menyedari keadaan mereka (Majlis Keselamatan Negara/ACT‑KID 2025). Diabetes merupakan punca utama - menyumbang kepada 61% kes kegagalan buah pinggang - dan lebih separuh daripada pesakit dia...

Asyik Marah-Marah Selepas Bangun Tidur di Pagi Hari

Bangun tidur dengan perasaan marah bukan sekadar isu emosi, tetapi mempunyai asas saintifik yang jelas.

Jangan cari pasal dengan manusia bersaka!

Prevention is better than cure.

Menangani Cabaran Emosi : Berurusan Dengan Orang Yang Tidak Memahami Penyakit Anda

Berurusan dengan orang yang mempersoalkan penyakit anda boleh menjadi mencabar dan meletihkan emosi.