14 July 2023

Akupoin Taichong dan HeGu untuk Dementia

Kesimpulannya, ... akupunktur di Taichong dan HeGu boleh meningkatkan sambungan hippocampal dalam pesakit AD.

Hippocampus adalah kawasan otak yang memainkan peranan penting dalam penyatuan maklumat daripada ingatan jangka pendek kepada ingatan jangka panjang. 

Ia berbentuk seperti kuda laut, maka namanya - 'hippocampus' berasal daripada perkataan Greek 'hippos' (kuda) dan 'kampos' (raksasa laut). 

Ia juga penting untuk navigasi ruang (spatial navigation atau navigasi ruang ialah keupayaan untuk meneroka, belajar, dan mengingati persekitaran seseorang, adalah kemahiran yang asas kepada matlamat harian).

Kajian yang dilakukan pada awal tahun 2010-an menunjukkan akupoin Taichong dan HeGu boleh membantu pesakit Alzheimer Disease.

Walaupun kajian dilakukan secara khusus keatas Alzheimer, kedua-dua poin juga secara amnya mampu membantu untuk penyakit dementia - kerana penyakit dementia merujuk kepada ketidakupayaan fungsi memori. 


Source : Ku Mao Tauk
 

No comments:

Post a Comment