13 January 2023

Netizen dakwa sembuh penyakit kanser hati tahap 4 dengan pokok dukung anak

www.facebook.com

Pokok Dukung Anak merupakan herba tahunan yang kecil, boleh tumbuh sehingga 50-70 cm tinggi dan mudah dikenali daripada lenggainya yang kecil dan melanjut sepanjang sisi bawah daunnya. 

Ia adalah sejenis herba renek berbatang lembut. 

Batangnya berwarna hijau atau merah bergantung kepada spesies. 

Daun berbentuk bulat lonjong, berwarna hijau (atau merah), bersaiz kecil (2-3 mm panjang) dan tersusun di sepanjang tangkai daun. 

Buahnya pula terbentuk di bawah setiap pelepah daun.



Kegunaan tradisional

Akar, daun, buah, dan keseluruhan pokok Dukung Anak mempunyai pelbagai nilai perubatan. 

Ia sangat popular di India dan banyak digunakan dalam perubatan Ayurvedic samaada dalam bentuk tumbuhan yang dikeringkan menjadi serbuk atau terus menggunakan tumbuhan ini dalam bentuk tumbuhan segar.

Ia digunakan secara meluas di China dan Amerika Selatan sebagai herba untuk merawat penyakit berkaitan hati, batu karang, malaria, asma, diuretik dan untuk menambah selera makan.

Di Malaysia, Dukung Anak banyak digunakan untuk merawat penyakit berkaitan buah pinggang dan hati seperti jaundis dan hepatitis B. 

Akarnya yang masih segar adalah penawar yang berkesan untuk penyakit kuning (jaundis) terutamanya pada bayi yang baru lahir. 

Buahnya digunakan untuk mengubati luka, kerengsaan, dan penyakit kulit seperti kurap. 

Daun yang telah dilumatkan dan dicampur dengan sedikit garam dapur boleh merawat jangkitan kudis buta (scabies). 

Manakala jus atau pati (ekstrak) akar dan daun muda digunakan untuk menguatkan ginjal, dan air rebusan daun muda diminum untuk merawat batuk.

Dukung Anak juga sering digunakan untuk merawat masalah batu karang (batu buah pinggang dan batu hempedu), kencing manis, darah tinggi, gigitan serangga berbisa, gatal dan cirit birit. 

Ia turut digunakan sebagai diuretik dan tonik selepas keguguran, dan sebagai penawar penyakit gonorrhea dan sifilis.

Satu kajian telah menunjukkan bahawa ekstrak Dukung Anak dari jenis P. niruri mempunyai kesan untuk melindungi organ badan terutamanya hati dan buah pinggang. 

Ekstrak dari P. niruri memberi kesan menghalang pembentukan hablur kalsium oksalat yang dapat membantu dalam merawat penyakit batu karang sama ada batu buah pinggang ataupun batu hempedu.

Selain daripada itu, terdapat kajian yang menunjukkan Dukung Anak juga mempunyai kesan yang memberangsangkan dalam melawan virus Hepatitis B.

Dukung Anak mengandungi pelbagai kumpulan bahan kimia seperti, phenolics, lignans dan xylans yang mungkin boleh membantu dalam merawat atau mengawal penyakit-penyakit yang telah dinyatakan seperti di atas.

   

No comments:

Post a Comment