Langkau ke kandungan utama

"Your Thoughts Are Not Your Own!"

Kebelakangan ini saya banyak menangani masalah berkaitan dengan emosi - marah & sayang (cinta) - yang membabitkan orang dewasa (yang sudah berkahwin) dan remaja.

Sambil memberi rawatan untuk mengeluarkan jin dalam badan, saya memberi kaunseling kepada mereka, terutamanya remaja.

Saya memberitahu anak-anak muda yang masih remaja, saya juga pernah berada dalam fasa 'memberontak' yang mereka sedang alami.

Saya juga akui bahawa remaja tidak suka dan tidak mahu dikawal oleh orang tua mereka.

Oleh itu, saya memahami perasaan dan situasi mereka.

Tetapi pada masa yang sama mereka perlu sedar bahawa emosi mereka 'diganda' atau 'diperbesarkan' oleh makhluk halus.

Saya memberi contoh kepada mereka:

# Mungkin rasa marah selepas dimarahi oleh ibu bapa adalah sebanyak 10%. Tetapi kehadiran jin dalam badan akan menyebabkan peratusan rasa marah tersebut mencanak naik sehingga ke 60% atau lebih. Ada penambahan peratusan sebanyak 50% atau lebih!

Saya memberitahu, ia adalah normal untuk merasa marah selepas ditegur oleh ibubapa. 

Tetapi yang tidak normal ialah perasaan marah diluar 'kenormalan' atas sebab dipengaruhi makhluk halus yang berada dalam badan.

Secara amnya remaja bersetuju dengan kata-kata saya kerana mereka sendiri dapat merasakan perubahan emosi mereka setelah 'angin' (makhluk halus) keluar dari anggota badan mereka.

Saya kemudiannya menyarankan mereka untuk mengamalkan ayat 8 Surah at-Tahrim sebagai usaha untuk menguatkan minda agar tidak dikawal atau dipengaruhi oleh makhluk halus (jin).

Wallahua'lam.

p/s Saya juga melontarkan persoalan kepada mereka:

"Jika awak tak mahu dan tak suka dikawal oleh sesiapa sahaja, termasuk ibu bapa awak, mengapa awak biarkan jin kawal awak?"

Secara amnya, mereka bersetuju bahawa makhluk haluspun tak dibenarkan kawal mereka. 😉

Wallahua'lam.


Ulasan

Artikel Popular Minggu Ini

Masalah Huyung-Hayang: Perspektif Sains

Masalah huyung-hayang atau rasa pening yang menyebabkan seseorang berasa tidak stabil merupakan gejala yang kerap berlaku dalam kalangan pesakit. 

Asyik Marah-Marah Selepas Bangun Tidur di Pagi Hari

Bangun tidur dengan perasaan marah bukan sekadar isu emosi, tetapi mempunyai asas saintifik yang jelas.

Penyakit Buah Pinggang : Amalan dan Larangan bagi Pesakit yang Menghidap Diabetes & Masalah Kolesterol

Infografik © Kedak Tok BlogSpot.com – Lindungi Buah Pinggang, Jantung & Kesihatan Anda 🩺 Penyakit Buah Pinggang: Amalan dan Larangan bagi Pesakit yang Menghidap Diabetes & Masalah Kolesterol Gambaran Umum: Buah pinggang berfungsi menapis sisa dan lebihan cecair daripada darah. Apabila rosak, toksin akan terkumpul dan menyebabkan penyakit buah pinggang kronik (CKD), kecederaan buah pinggang akut (AKI) atau keadaan genetik seperti penyakit polikistik buah pinggang (PKD). Pesakit CKD lazimnya turut menghadapi diabetes dan kolesterol tinggi, yang meningkatkan risiko penyakit jantung serta mempercepatkan kerosakan buah pinggang. Realiti di Malaysia: Skala masalah ini amat membimbangkan. Lebih daripada 5 juta rakyat Malaysia hidup dengan CKD, namun hanya 5% yang menyedari keadaan mereka (Majlis Keselamatan Negara/ACT‑KID 2025). Diabetes merupakan punca utama - menyumbang kepada 61% kes kegagalan buah pinggang - dan lebih separuh daripada pesakit dia...

Under Construction

Artikel telah dipindahkan ke Olahan Sidak Semandin

Titik Akupoin untuk Melegakan Haba Badan dan Demam

Perubatan Tradisional Cina (TCM) · Panduan Ringkas Dalam perubatan tradisional Cina (TCM), haba dalaman badan dibahagikan kepada dua jenis utama - haba penuh (semasa demam) dan haba kosong (rasa panas dari dalam tanpa demam).