Langkau ke kandungan utama

Warna Kehidupan : Usah bersedih. Kesihatanmu lebih berharga daripada kesenangan


Saya mengomel dihadapan seorang rakan tentang kesukaran untuk berjumpanya.

Saya berkata saya sering menjenguk dirumahnya tetapi rumahnya kosong.

Bila dia bertanya mengapa saya tidak telefon dulu sebelum datang kerumahnya, saya menjawab saya tidak mahu dia memberi sebarang alasan untuk tidak berjumpa.

Saya sudah masak dengan perangainya.

Rakan saya memberitahu saya, dia sebenarnya keberatan untuk berjumpa dengan saya atau sesiapa saja kerana dia melihat kekurangan yang ada padanya.

Dia tidak mempunyai pekerjaan tetap. 

Isterinya meninggalkannya untuk bersama dengan lelaki lain.

Anak tirinya turut meninggalkannya.

Diikuti oleh anak bungsu kesayangannya.

Anak bungsunya berkahwin tanpa memberitahunya dan setiap kali dia hendak berjumpa dengan anak bungsunya dirumah keluarga bekas isterinya, dia akan diberitahu anaknya tidak ada dirumah - bekerja.

Dia amat tertekan dengan kehidupannya.

Atas sebab itu dia terpaksa mengambil pil darah tinggi untuk menurun tekanan darah.

Saya memberitahu rakan saya, sepatutnya dia merasa bersyukur dengan kurniaan yang berharga yang ALLAH swt berikan kepadanya.

Saya berkata mungkin saya dapat terima keluhannya seperti itu jika dia masih lagi diumur 30-an atau 40-an.

Tetapi untuk tidak menghargai pemberian kesihatan yang baik diumur 50-an, ia sesuatu yang sepatutnya tidak berlaku.

Saya memberitahunya ramai individu sudah mengidap satu atau dua atau lebih penyakit ketika diusia 50-an.

Dan dijangka tahap penyakit menjadi semakin serius selari dengan peningkatan usia.

Tetapi dalam hal rakan saya, keputusan ujian darahnya amat baik sekali.

Saya terkejut dengan keputusan tersebut!

Saya menjangka dia mengidap sakit jantung, sakit buah pinggang dan sakit hati - atas sebab dia adalah bekas peminum arak yang 'tegar'.

Saya memberitahunya kesenangan dalam kehidupan tidak bermakna sekiranya kesihatan terganggu.

Sejak membabitkan diri dalam bidang rawatan alternatif, saya sering melihat situasi yang mana kesenangan dalam kehidupan sudah dianggap kurang releven atas sebab kesihatan terganggu.

Semakin serius masalah kesihatan, semakin kurang releven kesenangan dalam kehidupan.

Wallahua'lam.

Berkenaan anak bungsunya yang memgabaikannya, saya berkata dia perlu memberi masa kepadanya kerana anaknya masih muda - diusia awal 20-an.

Secara amnya, lelaki diusia itu belum lagi dapat berfikir dengan rasional.

Insyallah, الله swt akan jadikan anaknya sebagai anak yang soleh. Aameen.

Wallahua'lam.

Ulasan

Artikel Popular Minggu Ini

Masalah Huyung-Hayang: Perspektif Sains

Masalah huyung-hayang atau rasa pening yang menyebabkan seseorang berasa tidak stabil merupakan gejala yang kerap berlaku dalam kalangan pesakit. 

Asyik Marah-Marah Selepas Bangun Tidur di Pagi Hari

Bangun tidur dengan perasaan marah bukan sekadar isu emosi, tetapi mempunyai asas saintifik yang jelas.

3 Senaman untuk Pesakit GERD

Infografik © Kedak Tok BlogSpot.com - GERD dan 3 Senaman Yang Boleh Membantu 🔴 Apa Itu GERD? Penyakit Refluks Gastroesofagus (GERD) ialah keadaan pencernaan kronik di mana asid perut - dan kadangkala hempedu - mengalir semula ke dalam esofagus (saluran yang menghubungkan mulut ke perut). 

Statin (Pil Koleserol) dan Kerosakan Hati

Statin merupakan antara ubat yang paling kerap diberikan oleh doktor kepada pesakit dengan paras kolesterol tinggi dan risiko penyakit jantung. 

Penyakit Buah Pinggang : Amalan dan Larangan bagi Pesakit yang Menghidap Diabetes & Masalah Kolesterol

Infografik © Kedak Tok BlogSpot.com – Lindungi Buah Pinggang, Jantung & Kesihatan Anda 🩺 Penyakit Buah Pinggang: Amalan dan Larangan bagi Pesakit yang Menghidap Diabetes & Masalah Kolesterol Gambaran Umum: Buah pinggang berfungsi menapis sisa dan lebihan cecair daripada darah. Apabila rosak, toksin akan terkumpul dan menyebabkan penyakit buah pinggang kronik (CKD), kecederaan buah pinggang akut (AKI) atau keadaan genetik seperti penyakit polikistik buah pinggang (PKD). Pesakit CKD lazimnya turut menghadapi diabetes dan kolesterol tinggi, yang meningkatkan risiko penyakit jantung serta mempercepatkan kerosakan buah pinggang. Realiti di Malaysia: Skala masalah ini amat membimbangkan. Lebih daripada 5 juta rakyat Malaysia hidup dengan CKD, namun hanya 5% yang menyedari keadaan mereka (Majlis Keselamatan Negara/ACT‑KID 2025). Diabetes merupakan punca utama - menyumbang kepada 61% kes kegagalan buah pinggang - dan lebih separuh daripada pesakit dia...