Langkau ke kandungan utama

Kisah Pelek Berkaitan Kematian 2


Saya rimas dengan pertanyaan bekas senior sekolah saya (saya namakan dia Mr Y) : "Bila nak jenguk X? Dia asyik sebut nama kau!"

Setiap kali berjumpa, dia akan tanya soalan yang sama.

Kalau tak silap saya, hampir dua minggu, Mr Y memujuk saya untuk menjenguk Mr X yang merupakan bekas senior saya di sekolah asrama di Semenanjung.

Saya tak tahu mengapa saya keberatan nak menjenguk Mr X.

Setelah dipujuk hampir dua minggu, saya akhirnya bersetuju untuk menjenguk Mr X.

Apabila saya masuk kedalam bilik Mr X, saya memperkenalkan diri saya kepada ahli keluarga Mr X.

Saya sudah dimaklumkan terlebh dahulu oleh Mr Y bahawa Mr X menerima suntikan morfin setiap hari untuk menahan rasa sakit yang dialaminya.

Mr X menderita sakit kanser paru-paru.

Selepas memperkenalkan diri saya, saya menghampiri katil Mr X.

Saya berdiri kira-kira setengah meter dari kaki katil Mr X.

Saya tidak bercakap dengan Mr X kerana dia kelihatan tidak mengendahkan kehadiran saya,

Kemudian saya berundur selangkah kebelakang sambil memerhati Mr X yang kelihatan gelisah.

Mr X asyik memandang kiri dan kanan seolah-olah mencari sesuatu.

Ketika itu, anak lelaki dan perempuan Mr X duduk di sebelah kiri dan kanan katil Mr X.

Kedua-dua mereka berborak.

Tiba-tiba pandangan Mr X terpegun melihat saya.

Pada mulanya saya anggap Mr X melihat saya.

Tetapi kemudian kepalanya berpusing ke kanan seolah-olah mengikuti sesuatu bergerak menuju kearah ahli keluarganya yang sedang berkumpul berdekatan dengan jendela.

Kemudian kepala Mr X kembali semula ke posisi asal iaitu mukanya mengadap kearah saya yang berada didepan kaki katil.

Saya mula merasa seram sejuk.

Kerana saya tidak tahu siapa yang dilihat oleh Mr X.

Kurang dari seminit selepas kepalanya kembali ke posisi asal, Mr. X menutup matanya.

Saya terus melangkah kehadapan untuk menghampiri kaki katil Mr. X, sambil memerhati keadaan Mr. X.

Mr X bernafas seperti biasa.

Tidak lama selepas itu, dada Mr X berhenti bergerak.

Saya memberitahu anak-anak Mr X bahawa dada ayah mereka tidak bergerak.

Dan tiba-tiba keadaan menjadi kelam-kabut kerana semua ahli keluarga yang ada dibilik tidak tahu Mr. X telah meninggal dunia.

Melihat keadaan tersebut, saya keluar dari bilik dan berdiri beberapa meter dari pintu bilik.

Saya melihat jururawat bergegas masuk kedalam bilik.

Tak lama selepas itu, seorang lelaki keluar dari bilik dan menghampiri saya.

Dia bertanya, pukul berapa Mr X meninggal dunia.

Saya memberitahu masa yang 'tepat(?)' apabila dada Mr X tidak lagi bergerak.

Kisah ini berlaku kira 20 tahun lampau.

Pada pandangan saya, kejadian ini berlaku kerana ALLAH swt hendak mengingatkan saya tentang kematian dengan menunjukkan proses / kisah kematian dengan kehadiran 'sesuatu' yang diakhiri dengan kematian.

Semoga ALLAH swt ampuni dosa-dosanya dan masukkannya kedalam Syurga Firdaus. Semoga ALLAH swt kumpulkan Mr. X bersama-sama ahli keluarganya di Syurga Firdaus. Aameen.
  
Artikel Berkaitan :

Ulasan

Artikel Popular Minggu Ini

Masalah Huyung-Hayang: Perspektif Sains

Masalah huyung-hayang atau rasa pening yang menyebabkan seseorang berasa tidak stabil merupakan gejala yang kerap berlaku dalam kalangan pesakit. 

Asyik Marah-Marah Selepas Bangun Tidur di Pagi Hari

Bangun tidur dengan perasaan marah bukan sekadar isu emosi, tetapi mempunyai asas saintifik yang jelas.

3 Senaman untuk Pesakit GERD

Infografik © Kedak Tok BlogSpot.com - GERD dan 3 Senaman Yang Boleh Membantu 🔴 Apa Itu GERD? Penyakit Refluks Gastroesofagus (GERD) ialah keadaan pencernaan kronik di mana asid perut - dan kadangkala hempedu - mengalir semula ke dalam esofagus (saluran yang menghubungkan mulut ke perut). 

Statin (Pil Koleserol) dan Kerosakan Hati

Statin merupakan antara ubat yang paling kerap diberikan oleh doktor kepada pesakit dengan paras kolesterol tinggi dan risiko penyakit jantung. 

Penyakit Buah Pinggang : Amalan dan Larangan bagi Pesakit yang Menghidap Diabetes & Masalah Kolesterol

Infografik © Kedak Tok BlogSpot.com – Lindungi Buah Pinggang, Jantung & Kesihatan Anda 🩺 Penyakit Buah Pinggang: Amalan dan Larangan bagi Pesakit yang Menghidap Diabetes & Masalah Kolesterol Gambaran Umum: Buah pinggang berfungsi menapis sisa dan lebihan cecair daripada darah. Apabila rosak, toksin akan terkumpul dan menyebabkan penyakit buah pinggang kronik (CKD), kecederaan buah pinggang akut (AKI) atau keadaan genetik seperti penyakit polikistik buah pinggang (PKD). Pesakit CKD lazimnya turut menghadapi diabetes dan kolesterol tinggi, yang meningkatkan risiko penyakit jantung serta mempercepatkan kerosakan buah pinggang. Realiti di Malaysia: Skala masalah ini amat membimbangkan. Lebih daripada 5 juta rakyat Malaysia hidup dengan CKD, namun hanya 5% yang menyedari keadaan mereka (Majlis Keselamatan Negara/ACT‑KID 2025). Diabetes merupakan punca utama - menyumbang kepada 61% kes kegagalan buah pinggang - dan lebih separuh daripada pesakit dia...