Benar.
Ini berdasarkan pengalaman anak perempuan saya ketika melahirkan anak pertamanya baru-baru ini.
Setelah menunggu berbulan-bulan, akhirnya kami sekeluarga menerima berita gembira - anak saya bakal melahirkan bayinya.
Malang sekali, proses 'pembukaan' yang pada mulanya kelihatan lancar tiba-tiba terhenti.
Dan ia terhenti untuk beberapa hari.
Dan pada masa yang sama, rasa sakit hendak bersalin pun hilang.
Ini mendatangkan kehairan kepada pihak hospital dan jua kami sekeluarga, termasuk suami anak saya dan keluargannya.
Mengapa proses 'pembukaan' tiba-tiba berhenti dan tiada perubahan untuk beberapa hari?
Akhirnya anak perempuan saya menghubungi saya dan memberitahu saya : "Pelek rasa kamek, pak. Macam da something (menggangu) jak."
Selepas mendengar kata-kata anak saya, sayapun merukyah air dalam botol mineral untuk anak perempuan saya.
Dia mendakwa, sebaik sahaja dia minum aik selusuh rukyah, rasa sakit hendak bersalin tiba-tiba datang.
Proses 'pembukaan' yang terhenti beberapa hari sebelum itu, bermula semula.
Dan akhirnya anak saya melahirkan seorang bayi lelaki dalam tempoh tak sampai 24 jam selepas minum air selusuh rukyah.
Beberapa minggu kemudian, anak saya menceritakan pengalaman yang dialaminya ketika di hospital.
Dia mendakwa terdapat ramai wanita yang mengalami masalah yang sama - proses 'pembukaan' tiba-tiba terhenti.
Atas sebab pengalaman anak saya, saya kini menyarankan kepada ibu-ibu yang bakal bersalin agar mendapatkan air selusuh rukyah ketika hendak bersalin.
Insyallah, ia boleh membantu melicinkan proses bersalin.
Wallahua'lam.
p/s Untuk air selusuh selain daripada air selusuh rukyah (air yang dirukyah untuk tujuan membantu proses bersalin), saya tidak mahu komen kerana saya tiada pengalaman secara tidak langsung (indirect) dengan penggunaannya.
No comments:
Post a Comment