Saya sedang tidur apabila terbangun kerana seolah-olah dikejutkan dengan kasar.
Saya dapat melihat persekitaran saya bergerak seolah-olah saya berada diatas katil yang ditolak dan tarik dengan kasar berkali-kali.
Ketika ini berlaku, saya beranggapan saya sedang diserang secara mistik.
Apabila 'serangan' telah reda, saya pun kembali tidur.
Dipagi hari, saya membaca mesej Whatsapp yang menyebut seorang kenalan saya telah meninggal dunia diwaktu dinihari.
Pada mulanya saya tidak terpikir sebarang kaitan antara 'serangan mistik' ketika tidur dengan berita kematian yang diterima.
Hanya beberapa jam selepas itu, baru saya terpikir tentang kemungkinan adanya kaitan diantara 'serangan mistik' dan kematian kenalan saya.
Kedua-dua kejadian berlaku diwaktu dinihari.
Adakah ini bermakna 'serangan mistik' itu sebenarnya bukan gangguan mistik?
Kerana apabila saya fikirkan kembali, apa yang saya alami diwaktu dinihari itu, mungkin bukan serangan mistik.
Sejak berkecimpung dalam dunia rawatan mistik, saya sering diserang ketika tidur.
Secara amnya, saya tahu bila saya diserang dan bila saya diganggu.
Atas sebab itu, saya percaya kejadian yang berlaku hanyalah satu gangguan dan bukannya serangan mistik.
Tetapi mengapa saya diganggu?
Adakah kerana ada 'sesuatu' yang cuba untuk memberitahu saya tentang kematian kenalan saya?
Wallahua'lam.
Semoga ALLAH swt ampunkan dosa-dosanya dan masukkannya kedalam Syurga Firdaus. Dan semoga ALLAH swt kumpulkannya bersama ahli keluarganya di Syurga Firdaus. Aameen.
Artikel Berkaitan :
No comments:
Post a Comment