Semoga ALLAH swt memberi kesembuhan kepada anda. Aameen.
1) Ayat 12 = Mubin Pertama

2) Ayat 17 = Mubin Kedua
3) Ayat 24 = Mubin Ketiga
4) Ayat 47 = Mubin Keempat

5) Ayat 60 = Mubin Kelima

6) Ayat 69 = Mubin Keenam
7) Ayat 77 = Mubin Ketujuh
Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),
Kaedah yang dianjurkan oleh Shafiqolbu :
1. Bangun pada waktu tengah malam, sucikan diri dan berwuduk.2. Melakukan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.3. Mendirikan Solat Sunat Hajat 2 rakaat disudahi dengan doa dijauhi gangguan sihir.4. Setelah selesai, baca Surah Yasin hingga bertemu perkataan ‘Mubin’ (مبين) yang pertama, hendaklah wakaf (berhenti) dan berdoa “minta dipulangkan sihir kepada penyihir”.
Doa yang saya (penulis blog KedakTok) sarankan :
Ya ALLAH! Ya Rahman! Ya Rahim! Ya Mubin! Ya Mutakabbir!
Ampunilah dan kasihanilah hambaMu ini.
Ya ALLAH! Kembalikanlah sihir yang ada pada hambaMu ini kepada individu- individu yang menyihir, dan juga kepada individu-individu yang menyuruh, jika ada.
Ya Allah! Ya Rahman! Ya Rahim! Ya Mubin! Ya Mutakabbir!
Berikanlah hidayahMu kepada kami semua, dan jadikanlah kami hamba- hambaMu yang soleh.
Aameen.
5. Ulang lagi dari awal membaca Surah Yasin sehingga perkataan ‘Mubin’ (مبين) kedua, berdoa macam tadi.6. Lakukan semua langkah tadi iaitu mengulangi semula membaca dari awal Surah Yasin, setiap kali berjumpa perkataan ‘Mubin’ (مبين) yang ke- 3,4,5,6 dan 7 lalu berdoa lagi “minta dipulangkan sihir kepada penyihir dengan niat untuk memberi pengajaran”.7. (Selepas berdoa apabila berjumpa perkataan ‘Mubin’ (مبين) yang ke-7) Teruskan membaca baki Surah Yasin tadi hingga selesai. (Tak perlu mengulang semula bacaan)8. Selepas selesai membaca Surah Yasin, anda boleh berdoa sekali lagi menggunakan doa yang sama, atau doa lain. Wallahua'lam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan