29 September 2023

Minuman ringan boleh merapuhkan tulang


Kajian selama 7 tahun (2004-2011) di China merumuskan bahawa minuman ringan (berkarbonat dan tidak berkarbonat) boleh menjejaskan tulang.

Kajian tersebut turut melaporkan minuman mengandungi kafein meningkatkan risiko patah tulang.

Ia turut memetik kajian di Singapore yang menunjukkan meminum meminum empat cawan kopi setiap hari meningkatkan risiko patah pinggul.

Bagaimanapun, kajian, yang turut dibiayai oleh Chongqing Medical University, ada menyentuh tentang teh sebagai faktor perlindungan untuk patah tulang, meningkatkan ketumpatan mineral tulang.

Kesimpulan kajian tersebut ialah :
Ringkasnya, pengambilan minuman ringan yang tinggi dikaitkan dengan risiko patah tulang. Pengambilan minuman ringan harian dikaitkan dengan risiko patah tulang dua kali ganda secara bebas daripada faktor sosiodemografi dan corak pemakanan keseluruhan. Kajian ini menyerlahkan peranan penting minuman ringan dalam risiko patah tulang di kalangan orang dewasa. Untuk meningkatkan atau mengekalkan jisim tulang dan mengurangkan risiko patah tulang, kesihatan awam dan campur tangan klinikal harus mengambil kira mengurangkan penggunaan minuman ringan sebagai strategi penting untuk peringkat individu dan populasi.
Sumber Rujukan : Ku Maok Tauk
  

No comments:

Post a Comment