Ada pelbagai kaedah untuk merawat pesakit mental akibat gangguan mistik tanpa perlu pesakit tersebut hadir secara fizikal untuk dirawat.
Diantara kaedah rawatan yang boleh dilakukan ialah dengan merukyah air minum atau air mandi.
Selain itu, rumah yang didiami pesakit boleh juga dirukyah.
Bagaimanapun, secara amnya, rawatan lebih efektif sekiranya pesakit dirawat secara langsung - dan bukannya hanya merukyah bahan-bahan yang digunakan oleh pesakit.
Perlu juga ditekankan disini ialah untuk kes pesakit mental, usaha untuk membantunya sembuh tidak terhenti di proses menghalau / membasmi gangguan jin.
Ia adalah proses awal atau peringkat pertama.
Proses selanjutnya ialah membantu pesakit untuk menjadi normal.
Ini dilakukan dengan memberi sokongan emosi kepada pesakit.
Jika orang disekeliling pesakit mental gagal memberi bantuan sokongan emosi, ini akan mengakibatkan pesakit mental akan kembali semula ke alam 'khayalan' untuk mendapatkan sokongan emosi daripada jin-jin yang 'mengganggu'nya.
Sudah semestinya ia akan menggagalkan usaha untuk merawat pesakit tersebut.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment