29 April 2022

Tip : Tangani Anak Kecil Menangis Meracau


Setiap kali saya dihubungi berkenaan dengan masalah anak kecil menangis tak henti-henti (dan meracau) yang kemungkinan disebabkan gangguan mistik. saya akan memberi tip seperti berikut :
- Lakukan ini keatas anak terutamanya apabila hendak tidur malam

- Buat air rukyah
- Tiup air dalam gelas / mangkuk / botol sembur (spray); dan baca ayat Quran 👆
- Dimulai dengn al-Fatihah dan diakhiri dengan 3 Qul
- Renjis atau sembur (spray) disetiap sudut dalam rumah
- Digalakkan untuk memberi air rukyah kepada anak

22 April 2022

TIP : Hati-hati dengan Sakit Kepala Berkelompok

 
Pada mulanya saya tidak mengendahkan sakit kepala berkelompok kerana saya beranggapan ia hanya satu kesakitan biasa yang tiada kaitan dengan mistik.

Entah bagaimana, pada suatu hari, emak mertua saya mengomel didepan saya tentang sakit kepala berkelompoknya.

"Mun orang tua dolok, dapat sidak ngubat sakit tok," kata ibu mertua saya.

15 April 2022

Kesan Neurologi Kemaafan: Bagaimana Kemaafan Mengubah Otak Dan Menyihatkan Badan


Kemaafan, yang sering dilihat melalui perspektif spiritual, falsafah, atau psikologi, kini muncul sebagai topik yang menarik perhatian dalam bidang sains saraf.

01 April 2022

TIP : Surah Al-Fatihah mampu kurangkan atau hilangkan rasa lapar


Tip ini dikongsikan oleh seorang rakan yang mendakwa Surah Al-Fatihah mampu untuk kurangkan atau hilangkan rasa lapar ketika berpuasa.

Menurut rakan saya, setiap kali selepas selesai bersahur, dia akan mengisi air kosong kedalam cawan atau gelas; dan kemudian melakukan ⬇️ :

25 March 2022

TIP : Merawat sengatan kala jengking


Kata 'Aisyah RA:

لدغتِ النَّبيَّ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ عقربٌ وَهوَ في الصَّلاةِ فقالَ لعنَ اللَّهُ العقربَ ما تدعُ المصلِّيَ وغيرَ المصلِّي اقتلوها في الحلِّ والحرمِ

Maksudnya: "Nabi SAW pernah disengat kala jengking ketika baginda menunaikan solat. Baginda bersabda: "Allah melaknat kala jengking, dia tidak pedulikan orang yang sedang solat dan selainnya. Bunuhlah ia sama ada di tanah halal atau tanah haram." (HR Ibn Majah)

18 March 2022

Tafakur (meditasi) berupaya menambah jirim kelabu (gray matter) dalam otak


Virus Covid-19 berupaya untuk kecutkan otak dengan mengurangkan jirim kelabu (gray matter) sehingga menjejaskan daya ingatan.

Bagaimanapun, takafur mampu menambah jirim kelabu (gray matter) dalam otak.

Bukti kesan takafur keatas jirim kelabu mudah untuk diperolehi melalui carian internet.

14 March 2022

Garam Dalam Paracetamol Meningkatkan Risiko Serangan Jantung, Strok Dan Kematian


LONDON, 12 Mac 2022 – Kajian terhadap 300,000 rakyat Britain mendapati garam ‘tersembunyi’ dalam paracetamol mampu meningkatkan risiko serangan jantung dan strok jika ia diambil dalam kuantiti berlebihan.

Paracetamol yang mempunyai ciri-ciri berbuih dan larut itu mengandungi 0.44 gram dan 0.39 gram natrium bagi sebiji paracetamol 0.5 gram serta sering digunakan sebagai ubat tahan sakit.

Penyelidik dari Central South University, Changsa, China dan Harvard Medical School, Boston mendedahkan bahawa semakin lama seseorang mengambil paracetamol yang kaya dengan garam, semakin tinggi risiko untuk mendapat penyakit kardiovaskular dan kematian mereka.

11 March 2022

COVID-19 Boleh Kecutkan Otak, Kurangkan Ingatan


LONDON, 11 Mac 2022 – Menurut kajian Universiti Oxford, COVID-19 boleh menyebabkan otak mengecut, mengurangkan jirim kelabu (gray matter) di kawasan yang mengawal emosi dan ingatan serta menjejaskan bahagian yang mengawal deria bau.

Para saintis mengatakan kesan tersebut turut berlaku pada pesakit COVID-19 yang tidak dimasukkan ke hospital dan kesannya pada jangka masa panjang masih dalam siasatan lanjut.

Kajian ini dijalankan semasa varian COVID-19 Alpha dominan di Britain dan jika ada, mungkin dalam bilangan sedikit sahaja peserta yang dijangkiti varian Delta.