Langkau ke kandungan utama

TIP : Merawat sengatan kala jengking


Kata 'Aisyah RA:

لدغتِ النَّبيَّ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ عقربٌ وَهوَ في الصَّلاةِ فقالَ لعنَ اللَّهُ العقربَ ما تدعُ المصلِّيَ وغيرَ المصلِّي اقتلوها في الحلِّ والحرمِ

Maksudnya: "Nabi SAW pernah disengat kala jengking ketika baginda menunaikan solat. Baginda bersabda: "Allah melaknat kala jengking, dia tidak pedulikan orang yang sedang solat dan selainnya. Bunuhlah ia sama ada di tanah halal atau tanah haram." (HR Ibn Majah)

Rawatan:

(1) Dalam riwayat lain oleh Ibn Abi Syaibah di dalam Musannafnya daripada 'Ali yang berkata:

Maksudnya: "Ketikamana Rasulullah SAW menunaikan solat pada suatu malam, apabila baginda meletakkan tangan ke bumi, tiba-tiba seekor kala jengking menyengat baginda, maka baginda membunuh kala jengking tersebut dengan selipar baginda. Apabila selesai solat baginda bersabda: "Allah melaknat kala jengking ini, tidak dia pedulikan seorang yang sedang solat atau tidak, seorang nabi atau bukan melainkan disengatnya. Kemudian baginda meminta dibawakan garam dan air, baginda meletakkannya di dalam satu bekas kemudian baginda curahkan ke atas jari yang disengat, baginda menyapunya dan memohon perlindungan kepada Allah dengan membaca dua surah mu'awwizah (alFalaq dan alNas)



Dari Abu Sa'id aI-Khudri r.a., sejumlah sahabat Nabi saw. datang ke salah satu desa orang Arab dan mereka tidak diterima sebagai tamu. Ketika mereka dalam keadaan demikian, pemimpin penduduk desa itu disengat binatang. Orang desa itu bertanya: "Adakah kamu mempunyai ubat atau adakah di antara kamu yang pandai membaca mentera?" Para sahabat menjawab: "Kamu tidak mahu menerima kami sebagai tetamu, Kami tidak akan mengubatinya sebelum kamu memberikan sesuatu kepada kami." Mereka lalu memberikan beberapa ekor kambing. Lalu salah seorang dari mereka membaca Ummul Quran (al-Fatihah), setelah itu mengumpulkan air ludahnya di mulutnya dan meludahi yang sakit itu. Orang itu lalu sembuh. Mereka menyerahkan kambing. Para sahabat berkata: "Kami tanya dahulu kepada Nabi saw., baru kami ambil." Lalu mereka pergi bertanya kepada beliau. Beliau tertawa dan berkata: "Siapa yang memberitahukan kepada mu bahawa ayat itu mentera? Ambillah kambing itu dan beri saya sebahagian!"


والله أعلمُ

p/s Rawatan diatas disarankan sebagai rawatan kecemasan sahaja. Untuk rawatan selanjutnya, sila rujuk Disengat Haiwan Berbisa.

والله أعلمُ
  

Ulasan

Artikel Popular Minggu Ini

Masalah Huyung-Hayang: Perspektif Sains

Masalah huyung-hayang atau rasa pening yang menyebabkan seseorang berasa tidak stabil merupakan gejala yang kerap berlaku dalam kalangan pesakit. 

Penyakit Buah Pinggang : Amalan dan Larangan bagi Pesakit yang Menghidap Diabetes & Masalah Kolesterol

Infografik © Kedak Tok BlogSpot.com – Lindungi Buah Pinggang, Jantung & Kesihatan Anda 🩺 Penyakit Buah Pinggang: Amalan dan Larangan bagi Pesakit yang Menghidap Diabetes & Masalah Kolesterol Gambaran Umum: Buah pinggang berfungsi menapis sisa dan lebihan cecair daripada darah. Apabila rosak, toksin akan terkumpul dan menyebabkan penyakit buah pinggang kronik (CKD), kecederaan buah pinggang akut (AKI) atau keadaan genetik seperti penyakit polikistik buah pinggang (PKD). Pesakit CKD lazimnya turut menghadapi diabetes dan kolesterol tinggi, yang meningkatkan risiko penyakit jantung serta mempercepatkan kerosakan buah pinggang. Realiti di Malaysia: Skala masalah ini amat membimbangkan. Lebih daripada 5 juta rakyat Malaysia hidup dengan CKD, namun hanya 5% yang menyedari keadaan mereka (Majlis Keselamatan Negara/ACT‑KID 2025). Diabetes merupakan punca utama - menyumbang kepada 61% kes kegagalan buah pinggang - dan lebih separuh daripada pesakit dia...

Asyik Marah-Marah Selepas Bangun Tidur di Pagi Hari

Bangun tidur dengan perasaan marah bukan sekadar isu emosi, tetapi mempunyai asas saintifik yang jelas.

Jangan cari pasal dengan manusia bersaka!

Prevention is better than cure.

Menangani Cabaran Emosi : Berurusan Dengan Orang Yang Tidak Memahami Penyakit Anda

Berurusan dengan orang yang mempersoalkan penyakit anda boleh menjadi mencabar dan meletihkan emosi.