22 April 2022

TIP : Hati-hati dengan Sakit Kepala Berkelompok

 
Pada mulanya saya tidak mengendahkan sakit kepala berkelompok kerana saya beranggapan ia hanya satu kesakitan biasa yang tiada kaitan dengan mistik.

Entah bagaimana, pada suatu hari, emak mertua saya mengomel didepan saya tentang sakit kepala berkelompoknya.

"Mun orang tua dolok, dapat sidak ngubat sakit tok," kata ibu mertua saya.

Ini menyebabkan saya terkejut kerana saya tidak menyangka sakit ini berkemungkinan ada berkaitan dengan mistik.

Rupa-rupanya, jika wujud laluan kesakitan (path of pain) dari belakang bola mata ke belakang tengkorak, kemungkinan besar sakit kepada berkelompok ini disebabkan gangguan mistik.

Jika dibiarkan, ia akan menyebabkan belakang mata luka dan akhirnya mata akan buta (seperti berlaku kepada ibu mertua saya).

Menurut ibu mertua saya, pakar mata yang merawatnya hairan dengan keadaan matanya yang luka dibelakang bola mata.

Matanya sudah disuntik dengan cecair untuk merawat bola mata sebanyak 14 kali tetapi tidak memberi kesan yang memberangsangkan.

Wallahua'lam.
   

No comments:

Post a Comment