Individu berdarah O kurang kecenderungan mendapat penyakit Covid-19, menurut penyelidikan baru.
Risiko mereka mengalami komplikasi teruk seperti kegagalan organ - dan bahkan kematian - juga berkurang, kata para saintis.
Penyelidik Denmark menggunakan data dari 473,000 individu yang diuji untuk Covid-19 terhadap kumpulan kawalan lebih daripada 2.2 juta orang dari populasi umum.
Di antara mereka yang positif mengidap virus, mereka mendapati lebih sedikit individu berdarah O dan lebih banyak individu berdarah jenis A, B, dan AB.
Hasil kajian kedua juga menunjukkan bahawa individu berdarah A dan AB, berisiko lebih tinggi mengalami gejala dan komplikasi yang teruk - seperti keperluan untuk berventilasi - daripada yang mempunyai jenis O atau B.
Penemuan ini dibuat berdasarkan kajian yang menunjukkan hubungan antara jenis darah dan risiko koronavirus, serta kesan pelindung yang jelas dari golongan darah O.
Baca selanjutnya di Daiy Mail.
p/s vulnerability
Definisi : n 1. state of being easily harmed, hurt or wounded, mudahnya terdedah: our ~ to the uncertainties of life, mudahnya kita terdedah kpd ketakpastian dlm hidup; 2. state of being criticized, mudahnya dikecam: his ~ to all sorts of censure, mudahnya dia dikecam dgn segala macam celaan; 3. state of being easily attacked, mudahnya diserang: the country’s ~ to attack from the air, mudahnya negara itu diserang dr udara. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
No comments:
Post a Comment