Diawal pembabitan dalam dunia mistik, saya memandang remeh risiko 'serangan balas' oleh makhluk ghaib yang menggangu pesakit keatas perawat seperti saya.
Saya cenderung untuk beranggapan perawat yang sakit ketika merawat seseorang sebagai perawat yang lemah.
Bagaimanapun beberapa tahun kemudian saya mempunyai pandangan yang berbeza - risiko yang dihadapi oleh perawat mistik sebenarnya mungkin lebih tinggi daripada pesakit!!!
Bayangkan seorang perawat di usia emas (mengidap sakit jantung) merawat pesakit muda yang berusia dalam lingkung 20 tahun.
Katakanlah pesakit tersebut mengalami gangguan mistik yang kuat sehingga mengakibatkan dia sakit tenat dalam tempoh yang singkat - iaitu kurang dari seminggu.
Berdasarkan keadaan pesakit, kita sudah mendapat gambaran tentang kekuatan makhluk ghaib.
Persoalan yang menarik ialah - mampukah perawat yang diusia emas berdepan dengan serangan makhluk ghaib tersebut?
Sejak membabitkan diri dalam dunia mistik, saya sering mengalami kesakitan yang dialami oleh pesakit yang dirawat.
Ini menyebabkan ramai pesakit saya merasa hairan bagaimana saya boleh menerangkan sakit mereka dengan terperinci.
Dan seringkali ketika merawat pesakit baru, saya belum sembuh dari sakit yang 'berjangkit' dari pesakit yang dirawat saya sebelum ini.
Inilah yang mengakibatkan saya sering memikirkan untuk bersara sepenuh masa dari dunia mistik.
Ini juga telah mengakibatkan saya cenderung untuk menolak permintaan daripada individu-individu yang mahu mendapatkan rawatan daripada saya.
Saya sering memberitahu mereka agar berusaha untuk mendapatkan rawatan dari beberapa orang perawat dulu sebelum meminta saya merawat mereka.
Pernah seorang pesakit mempersoalkan tindakan saya seolah-olah tidak faham keadaannya yang sakit.
Saya hanya mendiamkan diri kerana saya enggan mengeruhkan keadaan.
Tetapi tahukah dia bahawa perawat sering menanggung sengsara kerana merawat individu-individu yang sakit?
Bukan maksud saya menulis artikel ini untuk menagih simpati tapi saya mahu pesakit sedia maklum risiko yang dhadapi oleh perawat.
Ada kalanya pesakit sembuh tetapi sakit 'berjangkit' kepada perawat dan seterusnya menanggung sengsara sehingga bertahun lamanya.
Sekiranya merawat atas sebab faktor kewangan, adakah ia berbaloi?
Sudah semestinya tidak berbaloi!!!
Atas sebab inilah saya tegas dengan pesakit saya - MY Way or I Go Away; kerana ada kemungkinan saya berdepan dengan risiko 'kebinasaan pembalasan' yang tinggi.
Saya tidak pernah meminta yang bukan-bukan dari pesakit ketika melakukan rawatan.
Tetapi jika permintaan yang mudah diremehkan, lebih baik saya hentikan rawatan kerana tak berbaloi untuk bantu individu yang mementingkan dirinya sahaja tanpa memikirkan risiko 'kebinasaan pembalasan' yang saya sedang / bakal / mungkin hadapi.
اَللّٰهُ أَعْلَم
01Jun2020
No comments:
Post a Comment