28 August 2020

Tip untuk anak yang belajar hafazan alQuran

 Alhamdulillah.

Dengan izin dan kehendak ALLAH swt, anak saya telah diperakui oleh pihak sekolah sebagai berjaya dalam hafazan 30 juzuk alQuran.
 
Banyak pihak yang memberi bantuan kepada anak saya - sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Alhamdulillah. 

Semoga ALLAH swt memberi ganjaran yang berlipatganda diatas sumbangan yang telah mereka diberikan.

Aameen.

Saya tidak akan memberi tips berkaitan doa-doa atau teknik hafazan kerana hal-hal seperti ini biasanya akan diberikan oleh tenaga pengajar.

Tip yang akan saya berikan berdasarkan pengalaman saya.

Saya menganjurkan agar ibubapa ambil inisiatif untuk merukyah anak-anak sekerap yang mungkin sepanjang proses penghafalan walaupun pada pandangan mata kasar tidak ada keperluan untuk melakukannya.

Ini untuk membolehkan anak-anak bebas dari gangguan mistik yang berusaha untuk menggagalkan proses tersebut.

Ada banyak peristiwa yang berlaku tetapi biarlah ia menjadi satu pengajaran kepada saya - dan saya amat berharap orang lain akan mendapat manfaat daripada pengalaman saya dan anak saya.

Semoga tip ini akan memberi manfaat. Aameen.

Wallahua’lam.

Artikel berkaitan :

Wallahua'lam.
  

No comments:

Post a Comment