28 July 2023

Warna Kehidupan : Usah bersedih. Kesihatanmu lebih berharga daripada kesenangan


Saya mengomel dihadapan seorang rakan tentang kesukaran untuk berjumpanya.

Saya berkata saya sering menjenguk dirumahnya tetapi rumahnya kosong.

Bila dia bertanya mengapa saya tidak telefon dulu sebelum datang kerumahnya, saya menjawab saya tidak mahu dia memberi sebarang alasan untuk tidak berjumpa.

21 July 2023

#Soalan : Boleh dikatakan hampir setiap pagi, ketika bangun tidur mood saya tak elok. Asyik marah jer. Apa yang saya perlu buat untuk hadapi masalah ini?

 
Secara amnya, masalah ini berpunca daripada sains atau/dan mistik.

Jika punca disebabkan sains, masalah asyik marah-marah selepas bangun tidur dipagi hari, mungkin ia disebabkan stress atau masalah kesihatan yang mengganggu sistem badan yang akhirnya memberi impek negatif keatas minda.

Anda boleh buat carian di internet untuk mendapatkan nasihat atau petua untuk menangani masalah ini.

14 July 2023

Akupoin Taichong dan HeGu untuk Dementia

Kesimpulannya, ... akupunktur di Taichong dan HeGu boleh meningkatkan sambungan hippocampal dalam pesakit AD.

Hippocampus adalah kawasan otak yang memainkan peranan penting dalam penyatuan maklumat daripada ingatan jangka pendek kepada ingatan jangka panjang. 

Ia berbentuk seperti kuda laut, maka namanya - 'hippocampus' berasal daripada perkataan Greek 'hippos' (kuda) dan 'kampos' (raksasa laut). 

Ia juga penting untuk navigasi ruang (spatial navigation atau navigasi ruang ialah keupayaan untuk meneroka, belajar, dan mengingati persekitaran seseorang, adalah kemahiran yang asas kepada matlamat harian).

07 July 2023

Kisah Pelek Berkaitan Kematian 3


"Nya (dia) dah ninggal."

Kata-kata ini yang terngiang ditelinga saya ketika saya terbangun dinihari hari.

Entah mengapa, sebaik sahaja mendengar kata-kata tersebut, saya terus teringat seorang warga emas yang terlantar diatas katil.

30 June 2023

Terlalu kerap duduk boleh mengakibatkan kerosakan otak dan jantung


Apa yang awak buat sekarang? 

Anda sedang membaca artikel ini, tetapi apakah postur badan anda? 

Adakah anda berada di meja anda? 

23 June 2023

Terlalu banyak makan garam, awas 6 penyakit ini


Garam digunakan sebagai penyedap makanan namun awas jika mengambilnya secara berlebihan.

Garam biasanya sudah menjadi sesuatu yang sukar untuk dipisahkan daripada hidup kita.

Bagaimanapun, perlu diingat pengambilannya pada kadar berlebihan boleh mengakibatkan tubuh tidak dapat menerimanya.

16 June 2023

#Soalan : Dementia dapat dirawat secara rukyah?

 

Insyallah, ya.

Pengrukyahan untuk merawat dementia boleh dilakukan kendiri atau orang lain. 

Tetapi seelok-eloknya dilakukan secara kendiri.

Secara amnya, tidak ada ayat alQuran khusus untuk merawat dementia.

09 June 2023

TIP : Teknik akupoin untuk prostat


Satu perkongsian yang menarik mengenai pengalaman seorang pesakit prostate yang berusia 72 tahun.

02 June 2023

Walau Apa Pun Terjadi, 'link' (hubungan) dengan ALLAH swt hendaklah sentiasa dijaga

"...janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa, sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." Surah al-Zumar : 53
Kisah yang membabitkan seorang ketua perompak yang begitu tekun mengejakan ibadah puasa walaupun bergelumang dengan dosa, amat menarik sekali.

Kesimpulan dari kisah ini ialah : Jangan putus asa daripada berusaha untuk mendapatkan hidayah / rahmat daripada ALLAH swt walaupun bergelumang dengan dosa.