22 June 2021

Hampir 4,000 wanita di UK melaporkan masalah haid selepas mengambil vaksin

Badan pengawas (watchdog) vaksin Britain, Medicines and Healthcare Products Regulatory Agency (MHRA), melaporkan ia telah menerima hampir 4,000 laporan mengenai masalah haid yang dikaitkan dengan suntikan vaksin.

2,734 laporan dikaitkan dengan suntikan AstraZeneca, 1,158 laporan dikaitkan dengan suntikan Pfizer dan 66 laporan dikaitkan dengan suntikan Moderna.

Masalah haid yang dilaporkan dialami oleh wanita berumur diantara 30 sehingga 49 tahun.

Kebanyakan laporan masalah haid mengenai jumlah darah haid yang 'lebih banyak dari biasa' atau tempoh menunggu kedatangan haid yang lebih panjang (delayed period).

Angka sebenar wanita yang mengalami masalah haid selepas menerima suntikan vaksin dikatakan lebih tinggi kerana ramai wanita tidak membuat laporan rasmi.

Bagaimanapun, MHRA menegaskan tiada bukti menunjukan masalah haid tersebut disebabkan suntikan vaksin.

Sementara itu, wujud persoalan mengapa perubahan haid tidak dimasukkan dalam senarai potensi kesan sampingan milik MHRA.

Badan pengawas vaksin dikatakan 'memantau dengan teliti' situasi semasa berkaitan dengan masalah haid.

Sumber : Daily Mail UK
  

No comments:

Post a Comment