01 June 2021

CDC Amerika Syarikat siasat hubungan diantara vaksin Covid-19 dan keradangan otot jantung


Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control and Prevention) di Amerika Syarikat sedang menyiasat kemungkinan wujudnya kaitan diantara miokarditis dan vaksin - terutamanya dikalangan remaja dan belia.

Rangkaian televisyen siaran NBC News melaporkan disyaki sekurang-kurangnya 55 kes di seluruh negara.

"Beberapa minggu kebelakangan ini, ada laporan ... (mengenai) miokarditis dan perikarditis setelah vaksinasi Covid-19 di Amerika Syarikat dan Eropah," kata CDC dalam satu kenyataan.

"Kes yang dilaporkan kelihatan tidak serius dan sembuh tanpa memerlukan rawatan."

Miokarditis dan perikarditis adalah keadaan yang melibatkan keradangan di dalam dan di sekitar jantung.

Miokarditis ialah keradangan otot jantung. Secara amnya ramai orang yang menghidap miokarditis sembuh sepenuhnya. Walau bagaimanapun, ia boleh menyebabkan masalah yang serius dan juga kematian dalam beberapa kes.

Perikarditis adalah keradangan perikardium, iaitu membran seperti karung yang mengandungi jantung. Dalam kebanyakan kes, penyakit ini akan sembuh tanpa rawatan.

Sementara itu Prof Dror Mevorach, ketua perubatan dalaman Hadassah Medical Center, Israel yakin bahawa ada kaitan yang jelas diantara vaksin Covid-19 dan miokarditis.


Mevorach telah menyiasat kesan sampingan vaksin keatas jantung dan akan menyerahkan laporan terperinci kepada pihak berkuasa kesihatan Israel dalam masa terdekat ini.

Dia mendakwa terdapat lebih daripada 100 kes di Israel, dan ada satu kematian yang dilaporkan.

"Saya akan menghantar laporan saya tentang apa yang berlaku di Israel kepada Kementerian Kesihatan, dan saya berharap pihak kementerian akan membuat keputusan mengenai vaksin remaja minggu ini."

Sumber :
   

No comments:

Post a Comment