04 June 2021

Alkohol - tiada tahap 'selamat' yang tidak memberi kesan toksik pada organ anda


Penyelidikan baru menunjukkan bahawa tidak ada tahap 'selamat' untuk minum alkohol yang tidak memberi kesan toksik pada organ anda.

Peningkatan pengambilan alkohol dikaitkan dengan bahan kelabu yang kurang di otak, lebih banyak lemak di hati dan jisim yang lebih besar di ventrikel kiri jantung, kata satu kajian yang diketuai oleh Imperial College London, UK.

Pengecutan otak telah dikaitkan dengan penyakit Alzheimer, sementara lemak di hati dapat menyebabkan penyakit hati.

Para penyelidik menganalisis imbasan MRI lebih daripada 10,000 individu pada usia pertengahan akhir yang minum dalam jumlah yang berbeza-beza.

Profesor Paul Matthews, pengarang bersama kajian yang diterbitkan dalam jurnal eLife, mengatakan: 'Kajian ini secara grafik menyoroti (highlight) kesan alkohol yang berbahaya walaupun diminum secara sederhana.'

Sumber: Daily Mail

اَللّٰهُ أَعْلَم

  

No comments:

Post a Comment