10 January 2020

Disihir bomoh atau jin?

Ramai pihak yang mengalami sakit misteri / mistik cenderung untuk menyalahkan bomoh sebagai punca kepada masalah kesihatan mereka.

Bomoh dikatakan menurut kehendak musuh mereka.

Tidak dinafikan ada bomoh yang menyihir atas kehendak individu yang mendapatkan khidmat mereka.

Tetapi ada juga kes-kes dimana penyihiran dilakukan oleh jin pendamping (saka dan bukan saka) yang tiada kaitan langsung dengan bomoh ataupun aktiviti pembomohan.

Bahkan saya berani mengatakan banyak kes-kes sakit misteri / mistik disebabkan oleh jin pendamping, dan bukannya bomoh!

Kerana budaya pembomohan semakin pudar dalam semua masyarakat di Malaysia.

Ini disebabkan faktor agama dan pemodenan.

Tetapi ini menimbulkan persoalan yang menarik - mengapa sakit misteri / mistik tak mengurang sedangkan bomoh dan aktiviti pembomohan semakin kurang?

Malah dalam sesetengah kes, dari segi kekuatan sihir seolah-olah dilakukan oleh bomoh yang berpengalaman.

Bagi saya, jawapan kepada persoalan ini ialah penyihiran dilakukan oleh jin pendamping.

Semakin kuat jin pendamping, semakin hebat kuasa penyihiran!

Rata-rata jin pendamping diluar kawalan manusia yang didampingi mereka.

Bahkan ramai juga yang tidak tahu kewujudan jin pendamping disisi mereka.

Yang mereka tahu, apabila mereka tidak gembira dengan seseorang, maka individu tersebut akan mendapat ‘bala’ atas sebab ‘tulah’.

Tetapi apa yang mereka tidak tahu ialah ‘bala’ tersebut bukan atas sebab ‘tulah’ tetapi atas sebab jin pendamping.

Tetapi bagaimana pula proses skan menunjukkan muka bomoh?

Ia tidak semestinya bomoh. Ia mungkin penjelmaan jin.

Kerana jin yang berkeupayaan tinggi mampu untuk ‘menjelma’ sebagai manusia.

اَللّٰهُ أَعْلَم

t.me/KedakTok
  

No comments:

Post a Comment