17 January 2020

Untuk sembuh, cari takdir, bukan cari keserasian

Secara amnya, pesakit atau keluarga pesakit akan mencari perawat yang mempunyai kemahiran yang sesuai dengan sakit misteri / mistik yang dialami.

Atau mencari perawat yang hebat.

Pendekatan seperti ini agak janggal untuk orang Islam kerana yang sepatutnya ‘dicari’ ialah takdir.

Takdir yang mana sakit akan sembuh.

Sakit misteri / mistik akan sembuh bukan atas sebab kemahiran perawat tetapi atas sebab takdir.

Dan juga bukan atas sebab keserasian.

Rata-rata perawat mengakui pengaruh takdir keatas kesembuhan.

Semua perawat pernah alami kejadian dimana pesakit tidak sembuh walaupun telah merawat sakit yang sama (bukan serupa) berpuluh kali.

Yang sering diperkatakan ialah tiada keizinan ALLAH swt.

Memang betul. Saya setuju 100%.

Tetapi saya ingin menambah : takdir untuk sembuh bukan ketika dirawat oleh perawat tersebut.

Mungkin takdir tersebut berada dengan perawat lain yang mungkin tidak mempunyai kemahiran untuk rawat sakit tersebut.

Cuba bayangan :

Andaikan anda sekarang diusia 20 tahun.

Dan anda ditimpa musibah - sakit misteri.

Anda dan keluarga anda berusaha untuk mencari orang yang berupaya untuk rawat sakit anda.

Dan akhirnya sakit berjaya dikurangkan kesannya tetapi masih lagi ada.

Bayangkan, tanpa anda ketahui, takdir untuk sembuh sebenarnya ada pada cucu anda (ketika usianya 25 tahun) iaitu anak kepada anak bungsu anda.

Katakanlah, anda berkahwin diusia 23 tahun dan mendapat 6 zuriat.

Anda boleh buat pengiraan sendiri - berapa umur anda ketika anak kepada anak bungsu anda mencapai usia 25 tahun.

Anda telah melakukan yang terbaik sebelum itu - mencari perawat yang hebat. Tetapi malangnya masih sakit.

Dan untuk sembuhkan anda, cucu anda hanya membaca alFatihah dan meniup kedalam air dalam gelas.

Tak semena-mena, anda sembuh.


Ini adalah satu analogi yang ekstrem tetapi tidak mustahil kerana saya sering saya hadapi.

Pesakit merana 9 tahun. Kebetulan saya berada di hospital menjaga ayah saya.

Satu lagi kes, merawat pesakit di Mekah.

Merana berbelas tahun.

Alhamdulillah.

Dan beberapa kes lain.

Persoalan yang menghantui pemikiran saya ialah - mengapa perlu menungu saya muncul dalam kehidupan mereka semata-mata untuk mereka sembuh?

Takdir kesembuhan mereka ada pada saya - dengan izin dan kehendak ALLAH swt.

Atas sebab itu, berdasarkan pengalaman peribadi saya, saya amat yakin bahawa takdir memainkan peranan yang penting, dan bukannya kemahiran!

Jika anda mahu sembuh, berdoalah agar takdir anda diubah agar sembuh ketika menerima rawatan dengan si fulan si fulan.

Sama ada perawat tersebut hebat atau tidak, kemahiran sesuai atau tidak, itu tidak releven.

Yang penting ialah, takdir!

Mencari takdir dengan doa dan usaha!!!

اَللّٰهُ أَعْلَم

t.me/KedakTok
  










No comments:

Post a Comment