Rawatan sains dan alternatif hendaklah seiring sejalan.
Ramai pihak yang melihat rawatan alternatif sebagai pilihan terakhir selepas menghabiskan banyak masa dan duit untuk merawat sakit.
Sepatutnya rawatan alternatif bukan dilihat sebagai pilihan terakhir tetapi sebagai 'teman' rawatan sains.
Itu hak masing-masing.
Terlampau banyak bukti yang menunjukkan bukan semua sakit dapat dirawat oleh sains.
Tetapi pada masa yang sama, jangan terlalu bergantung dengan rawatan alternatif.
Kita masih memerlukan sains untuk bantu pulihkan kesihatan walaupun sakit bukan disebabkan elemen sains.
Contoh: Sakit atas sebab kena buatan orang.
Tanpa rawatan alternatif (mistik), rawatan sains hanya mampu kurangkan kesakitan, atau hentikan kesakitan untuk sementara.
Manakala tanpa rawatan sains, rawatan alternatif (mistik) hanya mampu tangani punca sakit tapi bukan bantu sistem badan untuk berfungsi secara optimal.
Pesakit boleh meninggal dunia sekiranya keadaannya sudah kritikal dan amat memerlukan rawatan sains - walaupun punca sakit sudah dibuang.
Kerjasama antara rawatan sains dan alternatif akan menghasilkan keputusan yang positif untuk pesakit. Insyallah.
Anggapkanlah rawatan sains sebagai abang dan rawatan alternatif sebagai adik.
Ketika sakit, si abang hendaklah didatangi terlebih dahulu.
Dan selepas itu, jika masih sakit dalam tempoh seminggu dua, kita hendaklah menjengok si adik.
(Jangkamasa sebenar tempoh menunggu, terpulang kepada anda. Perlu ada tempoh menungu untuk memberi ruang kepada rawatan sains untuk memulihkan kesihatan. Tetapi untuk kes yang serius, digalakkan agar jangkamasa tempoh menunggu dipendekkan kepada hanya beberapa hari ataupun jam. Wallahua'lam)
Tetapi kita tidak melupakan si abang kerana kita masih bersamanya.
Kita hanya bawa si adik agar bersama-sama dengan si abang untuk bantu kita.
Semoga memberi manfaat. آمین
اَللّٰهُ أَعْلَم
t.me/KedakTok
No comments:
Post a Comment