26 April 2024

Vaksin COVID Pfizer, Moderna dan AstraZeneca dikaitkan dengan gangguan jantung, otak dan darah


Vaksin COVID daripada syarikat seperti Pfizer, Moderna dan AstraZeneca telah dikaitkan dengan gangguan jantung, otak dan darah, menurut kajian vaksin terbesar setakat ini.

10 April 2024

Salam Aidilfitri 2024


 *DOA AKHIR RAMADHAN*

*Ya Allah...* janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati-hati kami.

*Ya Allah...* janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami.

*Ya Allah...* janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami.

*Ya Allah...* janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa keampunan dosa kami.

*Ya Allah...* janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan jejak-jejak ke Syurga untuk kami.

*Ya Allah...* janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi sebelum Kau tutup rapat pintu azab dan neraka Mu daripada tergelinciran kaki kami.

*Ya Allah...* lindungilah kami dari melakukan dosa dan kemaksiatan semasa dalam Ramadhan maupun selepas Ramadhan.

*Ya Allah...* sebelum mentari akhir Ramadhan berlalu pergi, Kau ampunilah kami dan Kau terimalah taubat kami.

*Ya Allah...* 
▪️Lindungilah semua anggota keluarga kami dari tipu daya dan fitnah dunia. 
▪️Selamatkanlah setiap seorang dari kami dengan Iman dan Taqwa.
▪️Jadikanlah kami calon Syurga Mu. 
▪️Sempurnakanlah akhlak kami dan lindungilah kami dari godaan syaitan dan hawa nafsu.

*Ya Mujibbasailin...*
▪️Limpahilah kami dengan sifat-sifat kebaikan dan terpuji.
▪️Jadikanlah kehidupan kami di dunia ini tenang dan penuh rahmah dan mawaddah.

*Ya Allah...* 
Kau sempatkanlah kami bertemu lagi dengan Ramadhan Al Mubarak yang akan datang.

*Ya Allah...*
Janganlah Kau jadikan Ramadhan ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang.

*Andainya ini Ramadhan terakhir buat kami...* 
▪️Jadikanlah puasa kami sebagai puasa yang Kau rahmati
▪️Jadikanlah Ramadhan ini paling bererti, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayang Mu
▪️Jadikanlah Ramadhan ini sebagai penghapus segala dosa-dosa kami

*Ya Allah…*
Temukanlah kami dengan Lailatul Qadr dan Kau pilihlah kami dikalangan hamba Mu yang dapat beramal di malam Al-Qadr

*Ya Allah...* 
▪️Terimalah amalan kami
▪️Terimalah taubat kami
▪️Ampunkanlah dosa kami
▪️Amankanlah kehidupan kami disana nanti yang kekal abadi 
▪️Kurniakanlah kepada kami Syurga Mu yang maha luas nikmatnya

*Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni* (dibaca 3 kali)

Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.

05 April 2024

29 March 2024

22 March 2024

#Soalan : Saya ada masalah kencing yang tidak lancar. Apa yang boleh saya buat untuk rawat masalah saya?


Pertama sekali, anda patut beri keutamaan kepada rawatan sains.

Doktor akan memeriksa keadaan anda; dan akan membantu anda.

Bagaimanapun, pada masa yang sama, anda boleh berusaha merawat masalah anda dengan rawatan alternatif - iaitu akupuntur atau akupoin.

15 March 2024

Kajian di Amerika Syarikat : 70% kes 'long Covid' berlaku akibat suntikan vaksin


Selepas memeriksa lebih 1,000 pesakit, doktor Amerika Syarikat mendapati bahawa 70 peratus kes "long Covid" berlaku selepas suntikan vax, bukan selepas jangkitan. 

Dr. Harlan Krumholz dari Yale School of Medicine menerbitkan tinjauan keatas 241 pesakit yang mengidap gejala vaksinasi pasca-COVID seperti tidak dapat bersenam, keletihan yang berlebihan, kebas, kabus otak dan neuropati (saraf rosak), gangguan sistem saraf yang boleh menyebabkan kesakitan, sensasi kesemutan, kebas atau kelemahan. 

Pesakit Long COVID dikecualikan daripada kajian itu, yang kini menjalani semakan rakan sebaya. 

10 March 2024

Salam Ramadhan 2024


Maaf Zahir & Batin. Semoga ibadah kita di bulan Ramadhan diberi ganjaran berlipat ganda oleh الله swt. Aameen.