07 April 2023

Kisah Pelek Berkaitan Kematian 2


Saya rimas dengan pertanyaan bekas senior sekolah saya (saya namakan dia Mr Y) : "Bila nak jenguk X? Dia asyik sebut nama kau!"

Setiap kali berjumpa, dia akan tanya soalan yang sama.

Kalau tak silap saya, hampir dua minggu, Mr Y memujuk saya untuk menjenguk Mr X yang merupakan bekas senior saya di sekolah asrama di Semenanjung.

31 March 2023

Ayat pertahanan dalaman daripada Nabi Muhammad saw


Mungkin ramai masih ingat pengakuan seorang ahli sihir wanita dari Rusia tentang kesukaran untuk mengsihir orang Islam.

Menurutnya, orang Islam seolah-olah ada 'entiti' ghaib yang melindungi mereka. <video>

ALLAHUAKBAR!!!

Mungkin ayat pertahanan dalaman yang dikongsikan disini akan mampu memperkuatkan lagi perlindungan. Wallahua'lam.

17 March 2023

#Soalan : Jika anggota badan 'X' sentiasa sakit mistik, adakah bermaksud 'X' tiada sakit lain?


'Benar' / 'Betul' jika tempoh sakit mistik adalah pendek.

Bagaimanapun, sekiranya sakit mistik berpanjangan, lambat laun tempat yang ada sakit mistik akhirnya akan ada sakit lain.

Sebagai contoh - sakit menyucuk dilutut. 

24 February 2023

Lindungi isteri dan anak gadis anda dari ilmu sihir 'cinta'!


Semalam saya berkesempatan berbual dengan anak gadis rakan saya.

Perbualan itu mengingatkan saya tentang peristiwa yang menimpanya - gangguan mistik yang berupa 'igauan' keatas bekas teman lelakinya.

Dia mendakwa enam bulan pertama perkahwinannya, dia asyik 'melihat' wajah bekas teman lelakinya setiap kali dia menutup matanya ketika hendak tidur di malam hari.

10 February 2023

Mandi air wuduk efektif tangani penyakit ain?


Setakat ini, maklum balas dari individu-individu yang menerima saranan saya untuk mandi air wuduk bagi menangani masalah kehidupan yang mereka alami yang mungkin berpunca daripada penyakit ain, begitu positif.

Seorang daripada mereka mendakwa kini dia merasa hubungannya dengan sesama manusia lebih mudah dan mesra.

Pada masa yang sama, dakwa individu yang sama, dia merasa lebih tenang.