Masalah sukar tidur boleh disebabkan elemen sains dan/atau mistik.
Sebaik-baiknya apabila anda ada masalah tidur, berusaha tangani dengan pendekatan rawatan sains terlebih dulu.
Jika gagal, barulah anda usaha menggunakan pendekatan rawatan mistik.
Secara amnya, pesakit mistik sering sukar untuk tidur dan/atau tidak tidur lena di malam hari.
Dari segi rawatan sains, jika sukar untuk tidur, kaedah-kaedah disyorkan oleh HelloDoktor boleh dipertimbangkan :
- Teknik relaksasi seperti senaman pernafasan dan relaksasi otot secara progresif.
- Teknik pernafasan (seperti 4-7-8) boleh digunakan untuk merendahkan tahap keresahan sebelum tidur. Teknik relaksasi lain adalah mandi menggunakan air panas dan meditasi.
- Kawalan faktor perangsang (stimuli)
- Antara stimuli lazim yang mengganggu tidur adalah penggunaan barangan elektronik seperti telefon pintar.
- Aktiviti sibuk dikatil juga boleh menyebabkan sukar untuk tidur.
- Tidur pada waktu yang sama setiap malam
- Tidur dan bangun pada waktu malam boleh melatih anda untuk tidur dengan lebih konsisten.
- Elakkan tidur pada waktu siang
- Jika anda menghadkan waktu tidur siang, anda akan mudah berasa penat pada waktu malam.
- Elakkan produk perangsang seperti kafein dan nikotin
- Jangan minum kopi, teh atau apa-apa minuman berkafein sebelum waktu tidur.
Untuk rawatan alternatif akupoin :
Poin utama ialah An Mian.
Cara mengurut ialah tekan poin, and urut ikut atau lawan pusingan jam.
Untuk rawatan mistik :
- Lakukan ini ketika sudah berada diatas tilam / katil / tempat tidur
- Baca atau zikirkan kalimah-kalimah ALLAH swt ketika sudah baring hendak tidur
- contoh : ayat 8, Surah at-Tahrim
Semoga anda mendapat manfaat. آمین
والله أعلم
No comments:
Post a Comment