02 September 2024

BERITA PANAS : Makan Kari 3 Kali Seminggu Boleh Menyebabkan Mati Pucuk


Makan kari 3 kali seminggu boleh menyebabkan mati pucuk.

Pakar-pakar urologi telah mengeluarkan amaran kepada kaum lelaki yang makan hidangan pedas seperti kari tiga kali seminggu atau lebih kerap, lapor portal berita Daily Star baru-baru ini.

Menurut mereka, perbuatan tersebut boleh meningkatkan risiko mati pucuk sebanyak tiga kali ganda.

Kumpulan pakar urologi dari Universiti China Selatan berkata: “Kajian kami menunjukkan bahawa pengambilan makanan pedas secara kerap boleh meningkatkan risiko mati pucuk, terutamanya dalam kalangan bukan perokok.

“Semakin kerap seseorang makan makanan pedas, semakin tinggi risiko lelaki untuk mengalami mati pucuk,” katanya.

Perunding urologi dari Klinik Harley Street, London, Profesor Raj Persad pula menambah: “Mereka yang makan lebih banyak makanan pedas mungkin lebih cenderung menghidap diabetes atau mempunyai Indeks Jisim Badan (BMI) yang tinggi.

“Kedua-dua keadaan ini boleh dikaitkan dengan mati pucuk,” jelasnya.

Para saintis percaya bahawa rempah pedas dalam diet meningkatkan risiko mati pucuk kerana ia boleh menurunkan kadar testosteron.
 
Wallahua'lam.
  

No comments:

Post a Comment