25 March 2022

TIP : Merawat sengatan kala jengking


Kata 'Aisyah RA:

لدغتِ النَّبيَّ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ عقربٌ وَهوَ في الصَّلاةِ فقالَ لعنَ اللَّهُ العقربَ ما تدعُ المصلِّيَ وغيرَ المصلِّي اقتلوها في الحلِّ والحرمِ

Maksudnya: "Nabi SAW pernah disengat kala jengking ketika baginda menunaikan solat. Baginda bersabda: "Allah melaknat kala jengking, dia tidak pedulikan orang yang sedang solat dan selainnya. Bunuhlah ia sama ada di tanah halal atau tanah haram." (HR Ibn Majah)

18 March 2022

Tafakur (meditasi) berupaya menambah jirim kelabu (gray matter) dalam otak


Virus Covid-19 berupaya untuk kecutkan otak dengan mengurangkan jirim kelabu (gray matter) sehingga menjejaskan daya ingatan.

Bagaimanapun, takafur mampu menambah jirim kelabu (gray matter) dalam otak.

Bukti kesan takafur keatas jirim kelabu mudah untuk diperolehi melalui carian internet.

14 March 2022

Garam Dalam Paracetamol Meningkatkan Risiko Serangan Jantung, Strok Dan Kematian


LONDON, 12 Mac 2022 – Kajian terhadap 300,000 rakyat Britain mendapati garam ‘tersembunyi’ dalam paracetamol mampu meningkatkan risiko serangan jantung dan strok jika ia diambil dalam kuantiti berlebihan.

Paracetamol yang mempunyai ciri-ciri berbuih dan larut itu mengandungi 0.44 gram dan 0.39 gram natrium bagi sebiji paracetamol 0.5 gram serta sering digunakan sebagai ubat tahan sakit.

Penyelidik dari Central South University, Changsa, China dan Harvard Medical School, Boston mendedahkan bahawa semakin lama seseorang mengambil paracetamol yang kaya dengan garam, semakin tinggi risiko untuk mendapat penyakit kardiovaskular dan kematian mereka.

11 March 2022

COVID-19 Boleh Kecutkan Otak, Kurangkan Ingatan


LONDON, 11 Mac 2022 – Menurut kajian Universiti Oxford, COVID-19 boleh menyebabkan otak mengecut, mengurangkan jirim kelabu (gray matter) di kawasan yang mengawal emosi dan ingatan serta menjejaskan bahagian yang mengawal deria bau.

Para saintis mengatakan kesan tersebut turut berlaku pada pesakit COVID-19 yang tidak dimasukkan ke hospital dan kesannya pada jangka masa panjang masih dalam siasatan lanjut.

Kajian ini dijalankan semasa varian COVID-19 Alpha dominan di Britain dan jika ada, mungkin dalam bilangan sedikit sahaja peserta yang dijangkiti varian Delta.

04 March 2022

Simptom Selepas Booster Mungkin Tanda Awal Pembentukan Darah Beku

KUALA LUMPUR, 28 Februari 2022 – “Antara kesan sampingan yang perlu diberi perhatian sekiranya dialami lebih daripada tiga hari ialah demam, sakit kepala, sakit perut, loya, muntah dan ruam berbintik merah pada badan kerana mungkin simptom kepada Vaccine Induced Thrombotic Thrombocytopenia (VITT) iaitu darah beku dalam salur darah vena.”

Selain itu, sesak nafas dan bengkak kaki juga perlu diberikan perhatian sekiranya terjadi selepas pengambilan dos penggalak kerana ia juga antara tanda awal pembentukan darah beku di mana-mana bahagian badan kita, menurut Perunding Hematologi Hospital Ampang, Dr Veena Selvaratnam.

Tambah beliau, golongan yang berisiko mengalami VITT adalah mereka yang menerima vaksin jenis adenovirus terutama yang berusia 30 hingga 50 tahun serta mereka yang pernah mempunyai sejarah mengalami masalah pembekuan darah.