PERINGATAN : KAEDAH URUTAN INI HANYA SEBAGAI USAHA 'FIRST AID' SAHAJA KETIKA BERADA DALAM SITUASI YANG MANA TIADA KEHADIRAN DOKTOR ATAU KAKITANGAN PERUBATAN!!!KEUTAMAAN HENDAKLAH MESTI DIBERIKAN KEPADA KAEDAH PERUBATAN SAINS, DAN BUKAN SEBALIKNYA!!!
Kebetulan saya berada disisi rakan saya ketika dia mengalami sakit dibahagian dada.
Saya mengurut akupoin seperti yang ditunjukkan dalam gambar diatas.
Cara mengurut : Letak ibujari di titik akupoin seperti dalam gambar; tekan dan urut ikut pusingan arah jam atau lawan jam.
Ada dua poin utama berdasarkan pengalaman 'hands-on' saya membantu rakan yang mengalami serangan jantung :
* urut kedua-dua lengan kiri dan kanan; bagaimanapun keutamaan diberikan kepada lengan kiri* sentuhan diluar titik akupoin mengakibatkan rasa sakit dibahagian lengan
Jika anda dalam keadaan panik, anda boleh tepuk kawasan titik akupoin jantung.
Abaikan rasa sakit dibahagian lengan (rujuk 'dua poin utama' 👆).
Rakan saya mendakwa apabila titik akupoin diurut, dia merasa seolah-olah 'picitan' / 'genggaman' / 'kekejangan' ('squeeze') yang menyakitkan dijantungnya beransur-ansur hilang.
Semoga anda mendapat manfaat. آمین
اَللّٰهُ أَعْلَم
No comments:
Post a Comment