29 October 2021

Covid-19: Mengapa Sains enggan beri laluan kepada rawatan alternatif???


Pandemik wabak Covid-19 telah melanda dunia sejak akhir tahun 2019 - iaitu kira-kira hampir 2 tahun sudah berlalu.

Pihak KKM pernah berkata setiap rawatan Covid-19 hendaklah dibuktikan keberkesanannya secara saintifik sebelum ia dapat diterima untuk merawat pesakit Covid-19.

Gesaan ini ada benarnya kerana rawatan yang salah atau palsu hanya akan membahayakan nyawa pesakit.

Walaupun vaksin sebenarnya gagal memenuhi syarat pembuktian saintifik diawal penyebaran wabak Covid-19, ramai tidak mempertikai kegagalan ini.

Kerana perubatan sains dilihat mempunyai kredibiliti untuk menangani virus Covid-19.

Bagaimanapun ketika seluruh dunia sedang sibuk menyuntik vaksin, pengeluar vaksin Pfizer memberi bayangan dunia mungkin memerlukan suntikan penggalak vaksin setiap tahun.

Dan kini, di Malaysia, Kerajaan Malaysia sudah memulakan suntikan penggalak vaksin kedua - atau lebih dikenali sebagai suntik dos ketiga.

Pada masa yang sama, Kerajaan Malaysia juga telah bersetuju untuk menjadikan kanak-kanak Malaysia sebagai bahan uji kaji untuk vaksin Sinovac. 

Ini bermaksud belum ada kepastian keatas bukti saintifik tentang keberkesanan vaksin terhadap virus Covid-19 untuk kanak-kanak berusia 3 hungga 7 tahun.

Jika setelah hampir 2 tahun pandemik wabak Covid-19 melanda dunia, dan masih tiada kepastian secara saintifik keatas keberkesanan vaksin sehingga terpaksa melakukan ujian, mengapa Kerajaan Malaysia tidak membenarkan rawatan alternatif untuk dinilai keberkesanannya menangani virus Covid-19?

Saya berpendapat Kerajaan Malaysia patut melakukan kajian saintifik keatas akupuntur atau rawatan alternatif lain seiring dengan usaha untuk mendapat bukti saintifik dari penggunaan vaksin.

Secara peribadi saya percaya, sedikit sebanyak perubatan lain seperti Akupuntur berupaya untuk memberi rawatan sokongan kepada perubatan sains.

Sebagai contoh - poin akupuntur ST dapat membantu melegakan sesak nafas. Ia juga dapat membantu menghilangkan gatal dikerongkong, dan batuk.

Bukannya sukar untuk KKM melakukan kajian saintifik keatas poin akupuntur ST kerana ia boleh dilakukan ketika sedang merawat pesakit Covid-19.

Dan saya percaya kajian ini tidak akan membahayakan nyawa pesakit Covid-19 kerana ia tidak membabitkan penggunaan sebarang ubat atau dadah.

Apa yang diperlukan hanyalah keikhlasan KKM untuk membantu pesakit Covid-19.
Adakah membantu memulihkan pesakit Covid-19 adalah keutamaan utama KKM?

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment