20 August 2021

Tip untuk kucing yang hilang


Saya memperolehi tip ini daripada seorang pencinta kucing di Facebook.

Berdasarkan kepada feedback pencinta-pencinta kucing yang saya kenali, tip ini dikatakan efektif untuk mendapatkan semula kucing yang hilang atau tidak balik rumah disebabkan merayau - dan bukannya dicuri.

Tip untuk mendapatkan kucing yang hilang atau tidak balik rumah adalah seperti berikut :-

  • Cari kucing-kucing liar yang berkeliaran berhampiran dengan rumah anda.
  • Beri kucing-kucing liar tersebut makanan.
  • Ketika kucing-kucing liar tersebut sedang menikmati makanan, berbual dengan mereka. Beritahu mereka tentang kucing anda yang hilang - nama dan rupa. Kemudian beritahu mereka untuk memberitahu kucing anda yang hilang agar balik rumah sekiranya mereka menemuinya.

Semoga memberi manfaat. Aameen.

Wallahua'lam.
  

No comments:

Post a Comment