01 August 2021

Asma’ul Husna – Al Hayyu & Al Qayyumm


Al Hayyu
The Ever Living

Yang Maha Hidup– Dialah yang mengetahui segala-galanya dan kekuatannya, iaitu sentiasa kekal hidupNya itu.

Fadhilat Al Hayyu
  •  Sesiapa yang mengulangi ‘Ya Hayyu’ sebanyak-banyaknya, InsyaAllah akan mempunyai umur yang panjang.
  • Untuk mencapai kekuatan mental / batiniah di dalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir membaca ‘Ya Hayyu’.
  • Apabila ‘Ya Hayyu’ dibaca sebanyak 300,000 kali, InsyaAllah akan terhindar dari penyakit.
  • Sesiapa yang inginkan kesihatan yang baik, amalkan zikir ‘Ya Hayyu’ sebanyak 3000 X setiap hari, InsyaAllah akan berhasil.
  • Bagi mengubati apa jua jenis penyakit, hendaklah dituliskan ‘Ya Hayyu’ ( الحي ) dalam huruf Arab dengan kasturi (musk) dan air mawar di atas sehelai kertas, lalu diberi minum kepada pesakit, InsyaAllah akan sembuh.



Al Qayyum
The Self Subsisting Sustainer Of All

Yang Maha Berdiri Sendiri-Nya / Maha Mandiri / Hidup Sendiri – Dialah yang memegang seluruh alam semesta, iaitu baik ZatNya, SifatNya, Af’alNya. Juga membuat berdirinya apa-apa yang selain Dia. DenganNya pula berdirinya langit dan bumi ini.

  • Sesiapa yang mengulangi ‘Ya Qayyuum’, InsyaAllah tidak akan kecundang dalam kelalaian.
  • Jika dizikirkan‘Ya Hayyu Ya Qayyuum’ daripada waktu Subuh sehingga terbit matahari, InsyaAllah akan dapat menghilangkan keletihan dan kemalasan.
  • Sesiapa menyebut ‘Ya Qayyuum’ sebanyak mungkin, InsyaAllah ia akan memperolehi kemuliaan dan kehormatan.
  • Apabila dibaca keduanya (Ya Hayyu Ya Qayyuum) setiap hari diwaktu malam yang sunyi sebanyak 1000 kali, InsyaAllah akan dikabulkan hajatnya dan akan menjadi hartawan dan dermawan serta disenangi kawan dan disegani lawan juga terserlahkewibawaannya.
  • Imam Ghazali berkata bahawa sesiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka zikir lah dengan “Ya Hayyu Ya Qayyuum…” sebanyak 1000 X setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, InsyaAllah akantercapai segala hajat.

اَللّٰهُ أَعْلَم

  
Gambar asal diambil dari misidah79kisahcinta
  

No comments:

Post a Comment