06 August 2021

'Tidak diragui' e-rokok adalah berbahaya - WHO

 
GENEVA (Jan 23, 2020): Rokok elektronik (e-rokok) berbahaya kepada kedua-dua pengguna dan individu terdedah dengan asap itu, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu laporan yang turut memberi amaran bahawa ia boleh merosakkan janin serta memberi impak terhadap otak golongan remaja.

Ia yang dipanggil sistem penghantaran nikotin elektronik atau ENDS, ditekankan oleh pengeluar dan beberapa kerajaan sebagai alternatif lebih selamat untuk merokok, sekali gus membuang tabiat berkenaan.

Namun melalui beberapa siri soal jawab yang kukuh mengenai e-rokok, agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, tiada bukti mencukupi bahawa ia membantu perokok berhenti daripada tabiat itu.

Sebaliknya, terdapat bukti jelas bahawa e-rokok adalah berbahaya.

“Tidak diragui bahawa ia adalah berbahaya kepada kesihatan dan tidak selamat,” kata WHO dalam satu jawapan sambil menegaskan walaupun ‘terlalu awal untuk menyediakan jawapan jelas mengenai kesan jangka panjang menggunakan atau terdedah kepada e-rokok’.

Menurut WHO, peranti membabitkan kuasa bateri itu berisiko terutama apabila digunakan oleh remaja, sekali gus menguatkan lagi amaran awal diberikan pertubuhan berkenaan pada tahun lalu.

Kebimbangan itu meningkat ketika tabiat menghisap e-rokok semakin popular dalam kalangan anak muda di banyak negara.

Bagi wanita hamil, katanya, ENDS memberikan risiko signifikan kerana boleh merosakkan janin yang sedang membesar.

WHO turut memberi amaran bahawa e-rokok meningkatkan risiko penyakit jantung dan masalah paru-paru. - AFP

p/s Kajian terbaru turut memberi kesimpulan yang serupa 👇
  

No comments:

Post a Comment