05 March 2021

Apa yang anda perlu lakukan apabila pesakit dijaga anda tidak ada selera makan

 

Anda akan beli atau sediakan makanan kegemaran kan?

Inilah yang biasa dilakukan.

Dan ada kalanya agak mengecewakan bila makanan kegemaran tidak dijamah langsung!

Betul tak?

Pendekatan seperti ini kurang membantu menambah selera pesakit.

Berdasarkan pengalaman saya, hampir 10 tahun merawat pesakit, pendekatan yang mungkin lebih sesuai ialah - berusaha untuk menambah tenaga badan.

Saya dapati tenaga badan mempunyai hubungan positif dengan selera makan.

Semakin bertenaga, semakin kuat selera makan!

Tetapi persoalannya - bagaimana untuk menambah tenaga apabila tiada atau kurang selera makan?

Anda boleh cuba tip ini 😊. <Kalau boleh, minta keizinan doktor dulu yer coz ade doktor yang tak suka kita pandai-pandai jadi 'pakar makanan' tanpa merujuk pada mereka terlebih dahulu 😊.>


# Beri suplemen kesihatan atau makanan yang berupaya untuk memberi tenaga dengan segera

Mungkin anda boleh mempertimbangkan 'spirulina'.

Tetapi perlu diingatkan, jika anda berhasrat untuk memberi 'spirulina', pastikan jumlah yang diberikan hendaklah sedikit - jika si pesakit tidak pernah mengambil 'spirulina'.

Ini kerana jika tidak pernah mengambil 'spirulina', badan biasanya akan memberi reaksi 'negatif'.

Dalam keadaan yang sedang sakit, sebaik-baiknya elakkan daripada 'menambah' kesakitan 😊.

Anda juga boleh mempertimbangkan minyak kelapa.

Penerangan tentang minyak kelapa ---> Penggalak Tenaga Semulajadi 

Atau ambil makanan yang memberi tenaga seperti telur rebus (sepenuh dan separuh masak), ubi keledek dan pisang.

Anda boleh juga mencuba teknik akupoin 👇

# Urut akupoin ST 36 (Zu San Li)

Urutan di akupoin ST 36 dikatakan berupaya untuk memberi tenaga tambahan. إن شاء الله‎

Cara urutan ialah letak jari di akupoin ST36 dan urut secara pusingan jam atau lawan pusingan jam.

Semoga memberi manfaat. آمین

اَللّٰهُ أَعْلَم

No comments:

Post a Comment