Saya merasa teruja apabila mengetahui ibu mertua saya dan jiran saya tidak mengambil sebarang pil walaupun sudah berusia.
Kedua-dua mereka tidak perlu bergantung dengan pil untuk meneruskan kehidupan normal.
Berdasarkan pengalaman mereka, saya cuba membuat senarai 'petua' untuk sihat tanpa pil diusia emas. Insyallah.
1/ Melakukan aktiviti mengeluarkan peluh setiap hari (Ibu Mertua & Jiran)
Kedua-dua mereka tidak betah duduk. Ada saja aktiviti yang mereka lakukan setiap hari - terutamanya jiran saya yang agak 'kreatif' mencari kerja untuk dilakukan. Manakala ibu mertua saya sibuk dengan aktiviti membersih / menjaga kucing-kucingnya.
2/ Jaga makan (Ibu Mertua)
Ibu mertua saya tidak makan ayam. Dia suka makan ikan, terutamanya ikan bilis. Dia juga banyak makan sayur-sayuran.
3/ Jangan sebarangan makan pil (Jiran)
Jiran saya tidak suka mengambil pil, termasuk pil vitamin, kecuali keadaan memaksa.
4/ Jika terpaksa bekerja dibawah hujan, pastikan jangan berhujan ketika hujan baru turun. (Jiran)
Jiran saya kata hendaklah berteduh dulu. Biar hujan turun kira-kira 10 minit sebelum berhujan.
Perlu diingatkan bahawa kedua-dua mereka telah melakukan perkara diatas sejak mereka diusia muda.
Semoga petua ini memberi manfaat. آمین
اَللّٰهُ أَعْلَم
No comments:
Post a Comment