Kebanyakan kes bunuh diri di kalangan remaja adalah kes yang ibu bapa sendiri tidak sedar bahawa anaknya menghadapi kemurungan sebelum mengambil jalan singkat mengakhiri hidupnya dengan membunuh diri, kata Pakar Psikiatri, Dr Muna Hamiza.
“Tiba-tiba dah jumpa nota kata minta maaf, saya tak bagus dalam periksa sebab kadang-kadang kita tak nampak perkara tersebutlah.”
Oleh itu, beliau menasihatkan supaya yang paling penting orang sekeliling terutama ibu bapa kena sensitif dan pantas mengambil tindakan sekiranya melihat perubahan pada anak-anak mereka.