'Individu yang berisiko tinggi mendepani penyakit serta kematian akibat daripada kejadian ini adalah kanak-kanak, orang tua, wanita hamil dan ibu yang menyusukan bayi serta para petani.'
Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa ‘penderitaan dan kehilangan nyawa skala besar’ bakal melanda dunia ekoran daripada serangan gelombang haba di beberapa kawasan tertentu dalam beberapa dekad lagi.
Menurut laporan PBB bersama Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC), bencana gelombang haba dengan kesan ekstrem itu diramalkan akan “melebihi had fisiologi dan sosial manusia” di Sahel dan Asia Selatan serta Barat Daya. Manakala, negara seperti Somalia dan Pakistan akan berdepan amaran yang lebih dahsyat, lebih kerap dan lebih sengit.
Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) dan IFRC melalui Pejabat PBB mengeluarkan kenyataan sedemikian sebelum sidang kemuncak perubahan iklim COP27 PBB di Mesir bulan depan berkata, langkah agresif perlu diambil segera bagi mengelakkan potensi bencana haba berulang.
“Terdapat had jelas di mana individu yang terdedah kepada haba dan kelembapan melampau tidak mampu untuk bertahan. Kadar kematian masa depan yang diunjurkan akibat kepanasan melampau adalah sangat tinggi — setanding magnitud menjelang akhir abad ini dengan semua kanser atau semua penyakit berjangkit — dan sangat tidak sama rata,” jelas laporan sama.
Mereka mendakwa, individu yang berisiko tinggi mendepani penyakit serta kematian akibat daripada kejadian ini adalah kanak-kanak, orang tua, wanita hamil dan ibu yang menyusukan bayi serta para petani.
Berdasarkan pandangan Ketua Kemanusiaan PBB, Martin Griffiths, “Apabila krisis iklim tidak dapat dikawal, kejadian cuaca ekstrem seperti gelombang panas dan banjir akan melanda orang yang paling banyak terdedah.”
Oleh itu, Setiausaha Agung IFRC, Jagan Chapagain menggesa negara-negara di COP27 agar melabur dalam penyesuaian iklim dan mitigasi di wilayah yang paling berisiko.
OCHA dan IFRC mencadangkan lima langkah utama bagi membantu memerangi kesan gelombang haba yang melampau, termasuk menyediakan maklumat awal untuk membantu orang ramai dan dalam masa sama, pihak berkuasa akan mencari cara baharu untuk menampung pembiayaan tindakan di peringkat tempatan.
Mereka juga termasuk organisasi kemanusiaan yang menguji lebih banyak tempat perlindungan kecemasan dan “pusat penyejukan” yang “sesuai secara termal”, sambil meminta komuniti mengubah perancangan pembangunan mereka bagi mengambil kira kemungkinan kesan haba melampau.
Artikel Berkaitan:
⚡ ‘Kiamat Iklim’ melanda Sarawak
No comments:
Post a Comment