26 August 2022

‘Kiamat Iklim’ melanda Sarawak



Kicap Soya Tidak Sesuai Untuk Kanak-Kanak

“Soya yang diperam sebenarnya bagus, ada kandungan probiotik. Tapi, bila dah letak gula dan garam yang banyak, ada lagi MSG, ini yang tak okay untuk anak kecil kita.”
 KUALA LUMPUR – Seorang pengamal perubatan, Dr. Mazliana Mazlan menjelaskan bahawa kicap bukanlah makanan untuk anak kecil kerana ia tidak sesuai apatah lagi bagi yang berumur bawah 2 tahun.

“Soya yang diperam sebenarnya bagus, ada kandungan probiotik. Tapi, bila dah letak gula dan garam yang banyak, ada lagi MSG, ini yang tak okay untuk anak kecil kita.”

Tanpa kita sedar, kicap adalah makanan yang mempunyai gula, garam dan MSG yang tinggi sekali gus tidak sesuai diberikan kepada kanak-kanak, jelas beliau lagi di laman sosial, Instagram.

16 August 2022

Maut disambar petir didalam bilik ketika guna telefon bimbit

GUA MUSANG (15/08/2022) - Seorang murid perempuan maut selepas dipercayai disambar petir ketika sedang bercakap menggunakan telefon bimbit dengan rakannya di Kampung Baru Sungai Raya Luar di Gua Musang, Kelantan pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.50 petang itu menyebabkan mangsa, Nur Asyqin Qistina M Nor Zawawi, 12, yang merupakan murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Betis, ditemui terbaring di atas tilam bilik tidurnya dengan kesan terbakar di bahagian lengan.

Menurut bapa mangsa, M Nor Zawawi Awang, ketika kejadian, dia baharu selesai solat Asar di surau hadapan rumahnya sebelum terdengar bunyi dentuman petir yang kuat.

05 August 2022

Cacar monyet dikaitkan dengan bengkak zakar, pendarahan dubur


SESETENGAH lelaki yang dijangkiti cacar monyet melaporkan mereka mengalami pendarahan dubur serta bengkak zakar.

Perkara itu didedahkan menerusi satu kajian terbaharu apabila penyakit itu menjangkiti mangsa pertamanya di Eropah.

Pada 29 Julai, Kementerian Kesihatan Sepanyol berkata seorang individu telah meninggal dunia akibat penyakit itu.

29 July 2022

Pesakit beri amaran cacar monyet 100 kali lebih teruk daripada Covid-19, lepuh menyakitkan seperti siat kulit guna pengupas kentang


SEORANG lelaki di Texas, Amerika Syarikat (AS) memberi amaran bahawa cacar monyet (monkeypox) adalah '100 kali lebih teruk daripada Covid-19' selepas dia dijangkiti penyakit itu.

Di AS, lebih 2,000 kes cacar monyet dilaporkan.

Luke Shannahan yang bekerja sebagai pelayan bar di Dallas, dalam satu temu bual mendedahkan penyakit itu menyebabkan dia mengalami demam 101F (38 darjah Celsius), sakit kepala dan nodus limfa bengkak.

22 July 2022

Pendinding dirahim untuk elak gangguan keatas janin

Bukan semua bakal ibu bebas daripada gangguan mistik keatas kandungan janin.

Seringkali gangguan mistik ini akan mengakibatkan keguguran janin.

Untuk mengurangkan ataupun mengatasi gannguan mistik, bakal ibu boleh merukyah rahim kendiri.


15 July 2022

Pisang boleh mendatangkan bahaya kepada pesakit jantung !!!


Walaupun pisang adalah buah yang sihat dan lazat dan mempunyai kebaikan untuk kesihatan, pada masa yang sama, ia berupaya untuk memberi kesan sampingan negatif. 

Kesan sampingan pisang termasuk migrain, kerosakan gigi, dan peningkatan risiko kerosakan saraf.

Ia juga boleh menyebabkan gas atau kembung dalam kes sederhana dan mencetuskan kejutan anaphylactic dalam kes yang teruk. 

08 July 2022

😱 Aktiviti berbasikal boleh mengakibatkan masalah prostate dan mati pucuk ???

 
AKTIVITI berbasikal sudah menjadi trend di negara ini, terutama dalam kalangan lelaki.

Trend berbasikal di jalan raya berdepan dengan banyak bahaya, tetapi kaum lelaki mungkin patut lebih risau terhadap risiko lain ketika melakukan aktiviti ini.

Penunggang basikal lelaki harus mempertimbangkan untuk berdiri di atas pedal setiap 10 minit kayuhan bagi mengelakkan 'masalah' di bilik tidur, kata saintis.