26 August 2022

‘Kiamat Iklim’ melanda Sarawak


“Unjuran untuk (tahun) 2030 bagi ... Sarawak (ialah) 25.6 darjah celsius hingga 26.8 darjah celsius iaitu peningkatan 0.6 darjah celsius hingga 0.8 darjah celsius.”
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata Malaysia tidak terkecuali daripada menghadapi ‘kiamat iklim’ iaitu pemanasan global ekstrem yang akan menyebabkan ketidakseimbangan ekosistem di bumi.

Menurutnya, aktiviti manusia adalah antara faktor utama menyumbang kepada peningkatan suhu yang membawa kepada pencairan ais di kutub adalah peningkatan gas rumah kaca.

Katanya, berdasarkan laporan ‘Third National Communication and Second Biennial Update Report‘ yang dikeluarkan oleh negara untuk Persidangan Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC), unjuran dibuat bagi Suhu Purata Tahunan sehingga 2030 dan 2050 di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

“Unjuran untuk 2030 bagi Semenanjung Malaysia 26.0 darjah celsius hingga 27.4 darjah celsius iaitu peningkatan antara 0.6 darjah celsius hingga 0.9 darjah celsius; Sabah 25.3 darjah celsius hingga 26.9 darjah celsius iaitu peningkatan 0.8 darjah celsius hingga 10 darjah celsius; Sarawak 25.6 darjah celsius hingga 26.8 darjah celsius iaitu peningkatan 0.6 darjah celsius hingga 0.8 darjah celsius.”

“Unjuran untuk 2050 bagi Semenanjung Malaysia 26.6 darjah celsius hingga 28.1 darjah celsius iaitu peningkatan 1.2 darjah celsius hingga 1.6 darjah celsius; Sabah 25.7 darjah celsius hingga 27.4 darjah celsius iaitu peningkatan 1.3 darjah celsius hingga 1.4 darjah celsius; Sarawak 26.4 darjah celsius hingga 27.5 darjah celsius iaitu peningkatan 1.3 darjah celsius hingga 1.6 darjah celsius.”

Jelasnya, peningkatan suhu yang berterusan itu menunjukkan bahawa pemanasan global bukan sahaja memberi impak di kawasan kutub tetapi turut membabitkan negara ini. -Samudera

Wallahu'lam
  
آمین

No comments:

Post a Comment