SEORANG lelaki di Texas, Amerika Syarikat (AS) memberi amaran bahawa cacar monyet (monkeypox) adalah '100 kali lebih teruk daripada Covid-19' selepas dia dijangkiti penyakit itu.
Di AS, lebih 2,000 kes cacar monyet dilaporkan.
Luke Shannahan yang bekerja sebagai pelayan bar di Dallas, dalam satu temu bual mendedahkan penyakit itu menyebabkan dia mengalami demam 101F (38 darjah Celsius), sakit kepala dan nodus limfa bengkak.
Lepuh kemudian meletus di seluruh badannya yang sangat menyakitkan seperti 'seseorang menggunakan pengupas kentang pada kulit anda' setiap kali menyentuh sesuatu.
Shannahan diberi vaksin cacar monyet selepas dia didiagnos, tetapi masih terlantar di katil selama dua hari dan berasa sangat sakit.
Pesakit itu bagaimanapun tidak pasti bagaimana dia dijangkiti, namun akui pernah pergi ke bar, pesta kolam dan festival muzik pada hari-hari sebelumnya.
Bercakap kepada KHOU 11, Shannahan berkata, ia merupakan pengalaman paling traumatik yang pernah dialaminya.
"Ia adalah sakit yang paling teruk pernah saya alami.
"Anda mempunyai lepuh ini yang meradang dan bila-bila masa ia menyentuh sesuatu, benar-benar terasa seperti seseorang menggunakan pengupas kentang pada kulit anda," katanya.
Cacar monyet kini menjadi perhatian apabila muncul pelbagai kes di seluruh dunia.
Dua hari kemudian suhu badannya meningkat, sakit kepala berterusan dan nodus limfa bengkak. Ia diikuti dengan lepuh yang menyakitkan.
"Kesakitan dan kepedihannya adalah berterusan,"' katanya.
Ditanya sama ada ia seperti Covid-19, dia berkata: "Oh, 100 kali lebih teruk. ini adalah tahap keletihan melampau yang sama sekali berbeza."
Shannahan menjalani kuarantin di rumah, sekurang-kurangnya selama tiga minggu.
Menurut garis panduan rasmi, pesakit perlu menjalani kuarantin sehingga semua lepuh mereka yang berkudis dan kudis telah hilang kerana ini juga boleh menyebarkan virus.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Sabtu mengisytiharkan penularan cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan global, iaitu amaran tahap tertinggi.
Artikel berkaitan :
No comments:
Post a Comment